Pertembungan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Myanmar antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Zeyar Thiri, petang ini umpama ulangan final edisi 2011 di Jakarta yang menyaksikan skuad negara meraih emas selepas menumbangkan Garuda muda menerusi penentuan sepakan penalti.
Kali ini, kedua-dua pasukan bertemu lebih awal di separuh akhir dan jurulatih harimau muda, datuk Ong Kim Swee (kiri) enggan dibuai keyakinan tinggi anak buahnya mampu mengatasi anak buah rahmad dermawan kerana beraksi di gelanggang berkecuali.
Jangan bandingkan final dua tahun lalu dengan aksi separuh akhir kali ini. Walaupun kedua-dua jurulatihnya sama, pemainnya berbeza. lagi pun masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan
Posting Komentar