Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa terus berkurangan

Posted by Semua Berita Ada Disini

KUANTAN 16 Dis. - Keadaan banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 2,657 setakat 4 petang ini berbanding 2,806 orang pada 8 pagi tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 661 keluarga itu ditempatkan di 27 pusat pemindahan membabitkan 28 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.
Jumlah tertinggi mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan iaitu 1,879 orang daripada 470 keluarga yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan berbanding 2,028 orang daripada 497 keluarga di 21 pusat pemindahan pada sebelah pagi.
Di Kuantan masih kekal dengan 640 orang daripada 164 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. - BERNAMA

Related Post



Posting Komentar