Gambar terjun bangunan nak bunuh diri

Posted by Semua Berita Ada Disini

“Tak payahlah kamu orang datang, buang masa saja.” Itulah reaksi spontan seorang lelaki terhadap sekumpulan anggota bomba dan penyelamat yang datang memujuknya ketika cuba terjun dari bangunan Dewan Suarah, semalam.
Lelaki berusia lewat 20-an itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan mengambil keputusan terjun, tetapi terselamat selepas anggota bomba mengambil masa sejam untuk memujuknya.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang berkata, pihaknya terpaksa menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk mangsa supaya membatalkan niat terjun dari bangunan itu.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 2.57 petang lalu mengerahkan lapan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Kami tiba kira-kira enam minit kemudian lalu memanjat bangunan itu untuk memujuk lelaki terbabit.
“Bagaimanapun selepas sejam berbual dengan lelaki itu, anggota kami bertindak pantas lalu menariknya ketika dia leka.
“Kami berdepan pelbagai masalah apabila lelaki itu enggan bekerjasama untuk memberitahu latar belakangnya,” katanya.
Difahamkan, turut ditemui bersebelahan lelaki itu adalah sebilah pisau, pemetik api dan beberapa peralatan lain.
Sejurus diselamatkan, lelaki terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif lelaki terbabit bertindak demikian.

Related Post



Posting Komentar