Lain yang target lain yang dapat emas

Posted by Semua Berita Ada Disini

Kejayaan Wong Hong menjulang pingat emas kategori 90kg pada hari kedua dan terakhir pertandingan bina badan Sukan SEA Myanmar mengubat luka lima wakil negara.
Sewaktu ramai menjangka ikon bina badan negara, Sazali Samad mampu mengulangi pencapaian Sukan SEA 2003, nyata ramai ‘mencemburui’ juara sembilan gelaran Mr Universe dan lapan Mr Asia itu.

Di mata juri, pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA itu hanya layak untuk pingat perak kategori 70kg.
Biarpun hampir menepati sasaran iaitu satu emas dan satu perak berbanding emas, perak dan gangsa setiap satunya, mereka menerima keputusan juri secara terbuka.

Satu hakikat yang harus diterima pengadilan sukan berbentuk subjektif, selalunya lebih memihak tuan rumah biarpun teori ini mungkin boleh disangkal.

Apatah lagi sokongan padu penonton tuan rumah mampu mempengaruhi keputusan juri.
Namun yang pasti ia pendedahan terbaik buat dua atlet muda negara, Mohd Roszaimi Abdul Rani (kategori 60kg) dan Mohd Naim Ponggoh (kategori 55kg).

Tidak ketinggalan atlet senior, Buda Anchah (80kg) yang memberikan persembahan mantap meskipun gagal membawa pulang pingat.
Satu perkara yang mencuit hati adalah ‘keberanian’ atlet lain khususnya Myanmar, menggayakan aksi lebih daripada memperagakan otot seperti menari dan melakukan ‘split’ dan kemudian bangkit secara beransur-ansur (dengan gaya memanjat tali).

Tidak ketinggalan juga ada yang melakukan ‘moonwalk’ persis Michael Jackson bagi menambat hati juri.

Ia bagaimanapun tidak setanding ketenangan Wong yang menunjukkan kehebatannya dalam muzik latar lebih tenang, untuk emas tunggal Malaysia di Yangon.

Related Post



Posting Komentar