Linda Onn Nak Nikah Dah

Posted by Semua Berita Ada Disini

Deejay radio popular, Linda Onn, 36, atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.
Bagaimanapun, tidak berjaya mendapatkan kenyataan Linda setelah telefon bimbitnya gagal dihubungi.
Namun, deejay stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.
Menurut sumber, pasangan tersebut juga telah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di sini.

Related Post



Posting Komentar