Mat Sabu Saman Zahid Hamidi

Posted by Semua Berita Ada Disini

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran kenyataan menteri dalam negeri itu di Perhimpunan Agung Umno lalu yang mendakwa beliau berfahaman Syiah.

Mohamad berkata tuduhan Zahid yang juga naib presiden Umno itu adalah fitnah terhadap dirinya.


"Pada masa ini peguam saya akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja kerana bagi saya beliau adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu.

"Dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh beliau ke atas saya adalah didasari oleh niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya.

"Insya-Allah segala proses saman itu kini saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan para peguam saya," katanya dalam sidang medianya petang ini.

Mohamad mendakwa ucapan Ahmad Zahid pada 7 Disember lalu menunjukkan menteri dalam negeri itu menyalahguna kuasa apabila didakwa telah memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atasnya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana smua tahu bahawa Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakah KDN boleh dengan secara sewenang-wenang memberi kuasa kepada Jakim mengambil tindakan ke atas saya," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Zahid berhubung kenyataan yang dianggapnya " tidak bertanggungjawab" dan berharap polis bersikap profesional menyiasat kenyataan menteri itu tanpa rasa gentar dan memihak. 

Mengulas berhubung tindakan undang-undang itu, Mohamed Hanipa berkata pihaknya akan menghantar notis penarikan balik dan permohonan maaf kepada bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' dalam minggu ini.

NONE"Kita beri masa tiga hari. Kita rasa dia sudah bersedia. Kita hantar notis tuntutan. Kita tengok respon. Mana tahu (dalam tempoh itu) kalau Allah dia nak minta maaf.

"Mat Sabu nak berjumpa dia (Zahid) di mahkamah. Datuk Seri Zahid berseorang," tegas pengamal undang-undang itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, tiga peguamnya iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli.

Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno 7 Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno antara lain menyeru PAS berani menyatakan komitmen politiknya untukmenolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu.

Tanpa menyebut nama Mohamad Sabu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas "orang nombor dua dalam PAS".

kdn pc on mat sabu 121213Dalam satu sidang media beberapa hari kemudian, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkansejumlah bukti 'gred B' yang bagi menyokong dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah.
Bukti yang antara lainnya menyebut bahawa Mohamad pernah mengagumi pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini, bukan sahaja menjadi bahan jenaka di Internet malah tidak meyakinkanbekas anggota Kabinet.

KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah.
Namun, menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti yang dikategorikan sebagai 'Gred A' itu tidak akan didedahkan seperti bukti 'Gred B'.

Related Post



Posting Komentar