NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Putrajaya agar menamatkan hubungan diplomatik dengan Vatican susulan laporan tentang spekulasi badan itu untuk melantik ketua biskop baru di Malaysia yang lebih keras bersuara dalam isu kalimah Allah.
Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan dalam kenyataannya berkata, hasrat itu boleh mencetuskan "pertembungan tajam" yang seterusnya akan mencetuskan konflik di antara penganut Islam dan Katolik di negara ini.
"Sikap Vatican dalam kes ini amat dikesali, kerana ia sama sekali tidak menghormati sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
"Berdasarkan kepada kenyataan ini, ABIM menggesa sebarang hubungan diplomatik antara Malaysia serta Vatican ditamatkan serta merta," kata Amidi.
Ketua Gereja Roman Katolik Kuala Lumpur sebelum ini, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam meletakkan jawatan pada hari ulang tahun beliau ke-75, 6 Disember lalu, selaras dengan Canon Law.
Namun, tindakan Vatican yang menerima peletakan jawatan itu dengan cepat telah menarik perhatian beberapa pihak dan menimbulkan spekulasi yang mengaitkannya dengan ketegangan antara gereja dan kerajaan Malaysia dalam kes kalimah Allah.
Sumber yang rapat dengan Gereja Katolik memberitahu Malaysiakinibahawa tindakan tangkas Vatican itu mungkin menzahirkan kekecewaan kepada Pakiam yang dilihat condong kepada kerajaan dalam perbicaraan kes itu.
"Pendirian beliau yang dilihat ringan dalam isu Allah ini dikritik golongan paderi dan Katolik umumnya, yang mahukan Ketua Biskop lebih tegas dan lantang," kata sumber yang enggan dikenali itu.

Posting Komentar