Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia malam ini

Posted by Semua Berita Ada Disini

Seniwati Azean Irdawaty, 62, yang menderita penyakit barah sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini pukul 8.25 malam ini
Seniwati filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, yang menderita penyakit barah, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, pada jam 8.25 malam tadi.

Azean menghembuskan nafas terakhir di sisi suami dan anak-anak, saudara-mara serta rakan artis di wad Medikal PPUM.
Antara insan seni yang melawat Azean ialah pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Azean ialah pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba. 
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.


Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, PJ.

Related Post



Posting Komentar