Sebelum itu, beliau adalah pembeli tegar online dan menghadapi pelbagai masalah antaranya barang diterima tidak seperti diharapkan dan tidak mencapai kepuasan.
“Ada barang yang dibeli menggunakan material tidak sama seperti didakwa dalam laman sesawang penjual.
"Saya putuskan untuk berniaga sendiri kerana tidak mahu pembeli online menerima nasib sama seperti saya,” katanya.
Selepas menjalankan perniagaan secara online, beliau akhirnya membuka butik sendiri di Shah Alam yang menawarkan pelbagai jenis rekaan pakaian, tudung, selendang, jubah, telekung dan baju kurung.
Menurutnya, dia membelanjakan RM40,000 untuk memulakan perniagaan di kedai barunya dan sehingga kini, pelanggan berpuas hati dengan pakaian disediakan butiknya.
“Kami membantu pelanggan memilih rekaan pakaian yang sesuai dengan cita rasa mereka dan disuai padan dengan tudung, selendang.
"Pakaian di butik ini mempunyai material berkualiti dan dijual dengan harga bermula serendah RM20 sehingga RM150,” katanya.
Hashimah berkata, pelanggannya bukan sahaja sekitar Lembah Klang, malah dari seluruh negara dan beberapa negara luar.
Sementara itu, beliau berkata, walaupun rakyat Malaysia berhadapan kenaikan harga barang keperluan secara ketara tahun ini, sambutan pelanggan masih menggalakkan dan butiknya tetap menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.
Beliau bagaimanapun mengakui perniagaannya turut terkesan dengan kenaikan tarif elektrik tetapi yakin ia tidaklah memberikan impak besar kepada perniagaannya.
Posting Komentar