MELIHAT sahaja pada tajuknya, anda barang kali mentafsir pelbagai maksud daripada perkataan Laga. Ia barangkali membawa maksud laga ayam, ikan laga, atau pun tindakan seseorang melaga-laga orang lain.
Justeru menyedari laga itu mempunyai satu daya penarik yang boleh diangkat di dalam filem, Business Leader Film Productions mengambil keputusan untuk menerbitkan filem Laga.
Menariknya, tidak hanya meletakkan laga ayam sebagai subjek utama filem ini, Laga juga memperlihatkan apakah yang akan terjadi andai ada pihak gemar melaga-lagakan orang lain demi kepentingan peribadi.

Laga ayam bukanlah satu aktiviti asing bagi masyarakat kampung, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara luar seperti di Indonesia.
Namun ada kalanya, ketakjuban sesetengah pihak terhadap laga ayam menyebabkan mereka sanggup berjudi dan menganggap ia sebagai salah satu medium hiburan, biarpun ia sebenarnya haram di sisi agama.
Tidak hanya berjudi duit, ada di antara mereka sanggup mempertaruhkan isteri dalam pertandingan laga ayam tanpa memikirkan kesan di kemudian hari.
Bukan itu sahaja, Laga juga menyelitkan kesan yang dihadapi dalam sesuatu masyarakat apabila ada pihak gemar melaga-lagakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Datuk Rosyam Nor, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifli, Ruminah Sidek, Marsha Milan Londoh dan seorang pelakon dari Indonesia, Tyaz Mirasih.
Diarahkan oleh Ismail Yaacob ini menyaksikan penampilan semula pengarah yang terkenal dengan filem Lenjan selepas 15 tahun menyepikan diri.
“Di sebalik filem ini saya mahu bercerita kepada umum apa yang berlaku dalam kehidupan pelaga-pelaga ayam ini.
“Selain suka dan duka perjalanan mereka, konflik yang melanda merupakan mesej utama mengapa isu ini diangkat ke layar perak,” katanya.
Tambah Ismail, mungkin ramai yang tidak sedar laga ayam banyak memberikan kesan kepada pelaganya.
“Adakala mereka lupa terhadap tanggungjawab sebagai suami dan ayah kerana taksub kepada permainan ini.
“Rumah tangga terumbang-ambing dan pelbagai perkara buruk berlaku, di sinilah kita mahu penonton membuka mata mengenai perkara ini.
Meski pun ada yang menjadikan ia punca rezeki, namun yang salah tetap salah dan tidak boleh dikata betul,” katanya.
Secara ringkasnya, Laga mengisahkan berkenaan masyarakat kampung yang gemar bermain perjudian laga ayam. Mereka begitu obses dengan perjudian ini sehinggakan masa mereka banyak dihabiskan di gelanggang laga ayam.
Bagi mereka, permainan judi laga ayam ini seakan-akan melambangkan maruah diri mereka.
Disebabkan alasan itu, Hassan Laga lakonan Hanafi Su akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan gelarannya itu sehingga sanggup mempertaruhkan isterinya iaitu Su lakonan
Marsha Milan kepada orang kaya Dasuki lakonan Nasir dalam salah satu perjudian di gelanggang laga ayam.
Manakala pengikut Hassan Laga, iaitu Sabri lakonan Syazwan jatuh cinta dengan seorang gadis dari Jakarta, Maya lakonan Tyaz yang datang ke kampung itu untuk melawat neneknya.
Bagaimanapun, cinta mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga Maya.
Kemelut terus melanda apabila wang pertaruhan yang dimenangi oleh Sabri telah dirompak ketika Hassan Laga dalam perjalanan berjumpa dengannya. Akibat daripada kejadian itu, Sabri menuduh Seman lakonan Eman Manan mengupah orang luar untuk merompak Hassan Laga.
Lakonan mantap
Jika anda terfikir ia adalah sebuah kisah laga ayam semata-mata, anda seharusnya membuang jauh-jauh pemikiran itu.
Barangkali babak Laga itu boleh dilihat pada permulaan cerita, namun sebaik ia bergerak, jalan cerita mula dikembangkan merangkumi cinta, maruah, penghormatan dan ikatan kekeluargaan.

Ismail dilihat berjaya mengimbangkan kesemua jalan cerita dalam satu filem dengan masa yang cukup terhad.
Paling penting, setiap apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah realiti apa yang berlaku dalam masyarakat, bukan sahaja hari ini, tapi sejak sekian lama lagi.
Apatah lagi, meletakkan nama-nama besar di dalam filem ini merupakan pilihan yang cukup tepat dan menyebabkan jalan cerita dikembangkan dengan cukup baik.
Malah ke semua pelakon tidak perlu terlalu melebih-lebih menjayakan watak masing-masing, namun masih tetap menonjol. Cuma lakonan Syazwan sedikit terganggu dari sudut penghayatan.
Namun jika terus diberi peluang, tidak mustahil, Syazwan berjaya meletakkan namanya sebaris dengan pelakon hebat negara.
Begitu juga dengan lakonan Tyraz yang pada pandangan penulis hanya 'biasa-biasa' sahaja. Tidak banyak meninggalkan kesan pada penonton dan pada pandangan penulis masih ramai lagi pelakon muda yang boleh membawakan watak Maya dengan lebih baik.
Namun barang kali ia adalah sebahagian strategi penerbit untuk menembus pasaran Indonesia, dengan menampilkan pelakon dari negara seberang itu.
Jual babak ranjang?
Bagaimanapun bagi anda yang menonton dan menanti-nantikan babak ranjang, pada pandangan penulis, tidak ada apa-apa yang perlu disensasikan melibatkan adegan Hanafi Su dan Marsha itu.
Malah, apa yang penulis boleh simpulkan, ia ibarat trademark Ismail selepas pernah menyelitkan babak panas dalam filem Lenjan yang melibatkan babak panas antara Rosyam dan Nina Juren.
Ia juga sememangnya adalah sebahagian jalan cerita yang mencantikkan dan memperkemaskan lagi cerita.
Malah Ismail juga sudah menjelaskan bahawa babak tersebut dibuat bukan untuk menjual filem tetapi beberapa maksud tersurat dan tersirat cuba dipaparkan dalam adegan tersebut dan ia sebagai satu simbolik yang menguatkan penceritaan filem itu.
“Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan.
“Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri,” katanya
Justeru, bagi anda yang mahu mengikuti dan melihat sendiri keistimewaan filem ini, jangan lupa menonton Laga di pawagam dan mengetahui sendiri jawapan kepada siapakah sebenarnya menjadi dalang dalam cerita ini yang telah melaga-lagakan pengikut Hassan Laga? Bagaimana pula nasib kisah percintaan terhalang antara Sabri dan Maya?

Posting Komentar