edah terus membuktikan taringnya apabila menang selesa 2-0 ke atas DRB Hicom pada aksi kedua Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, semalam.
Kedua-dua gol pasukan Helang Merah dicipta penyerang import Billy Mehmet pada m-43 dan m-90 untuk pulang ceria dengan mata maksimum.
Selepas melakar kejayaan memberangsangkan pada aksi pembukaan menewaskan Perlis 4-1 selain mengecewakan Kuala Lumpur pada pusingan pertama Piala FA 4-0, skuad bimbingan David Mitchel nyata puas dengan kemenangan itu.
Pengurus pasukan Kedah Datuk Jeffrey Low Hang Chau berkata, kemenangan itu membakar semangat pemain untuk mencipta kejayaan pasukan sepanjang saingan liga musim ini.
Menurutnya, ia juga menjadi persediaan terbaik berdepan Perlis pada saingan kedua Piala FA selain memberi ruang kepada jurulatih memperkasa pasukan kepada tahap lebih mantap.
“Keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan corak persembahan pasukan walaupun mereka seharusnya mampu mencipta beberapa gol lagi.
“Apapun DRB dilihat barisan baik dan beraksi penuh disiplin selain mereka juga berpeluang mencipta gol namun percubaan hanya singgah di tiang dan palang gol.
Posting Komentar