Bagi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2012 yang mengagumi Datuk Rosyam Nor ini, proses naik dan turun adalah hakikat yang perlu diterima dalam dunia seni.
“Mungkin ada artis popular yang tidak dapat terima hakikat bila nama mereka sudah kurang popular dan bila tempat mereka sudah diambil alih artis baru yang lebih muda dan jelita. Saya pula sebaliknya menerima kenyataan itu dengan minda terbuka. Maklumlah, saya sudah mula berlakon pada usia 19 tahun dan bermula dari bawah.
“Mungkin ada artis popular yang tidak dapat terima hakikat bila nama mereka sudah kurang popular dan bila tempat mereka sudah diambil alih artis baru yang lebih muda dan jelita. Saya pula sebaliknya menerima kenyataan itu dengan minda terbuka. Maklumlah, saya sudah mula berlakon pada usia 19 tahun dan bermula dari bawah.
“Walaupun pernah mengungguli trofi Artis Paling Popular ABPBH 2012, ia tidak bermakna nama saya akan kekal popular sepanjang masa. Semua artis juga perlu menerima hakikat setiap mereka yang berada di puncak tidak kekal di atas selamanya,” katanya.
Pada penganjuran edisi ke-27, ABPBH 2013, Sam dicalonkan menerusi dua kategori yang dipertandingkan iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Lelaki Stailo (kategori online).
Dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Sam bersaing dengan Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak dan Pekin Ibrahim.
Manakala dalam kategori Artis Lelaki Stailo, Sam bersaing dengan Adi Putra, Awal Ashaari, Karl Shafek, Nazim Othman.
Secara peribadi, pelakon Lelaki Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2013 (menerusi filem Sam) mengakui tidak menaruh harapan tinggi untuk menang pada ABPBH kali ini.
“Saya pernah menang dan tewas dalam pencalonan pada ABPBH sebelum ini. Malah, pada pencalonan tahun lalu pun, saya sudah bersedia untuk menerima kekalahan tapi ternyata rezeki masih berpihak pada saya.
“Berbanyak terima kasih pada peminat setia yang tidak jemu mengundi saya sejak dulu. Kalau tak menang pun, saya tetap terus beri sokongan padu pada ABPBH sampai bila-bila pun,” katanya.
Tak mahu calon isteri kalangan artis
Pasti ramai yang sudah tahu, hubungan Sam dengan ibunya yang juga pelakon veteran Khaty Fauziah cukup rapat.
Malah, kata Sam, dia juga akan pastikan calon isterinya nanti mendapat restu daripada ibu kesayangannya itu terlebih dulu.
“Selepas kecewa dalam percintaan dulu, saya memang takut untuk menjalin hubungan yang baru kerana susah hendak percaya pada orang. Saya juga masih berkawan dengan bekas teman wanita walaupun kami sudah putus sebelum ini.
“Mungkin kerana ego saya sangat kuat. Saya juga mencari gadis yang lemah lembut dan boleh tahan dengan kerenah saya. Saya memang seorang yang cemburu tapi manja orangnya.
“Walaupun tiada kekasih, hidup saya tidak pernah sunyi kerana sentiasa dikelilingi anggota keluarga terutama anak saudara yang memang manja dengan saya,” katanya.
Sam yang pernah digosipkan dengan pelakon popular Fazura dan Syatilla Melvin mengakui dia tidak mahu mencari calon isteri dalam kalangan artis.
“Bayangkan, ‘mummy’ pun susah nak berjumpa saya sejak berkecimpung dalam bidang lakonan. Justeru, apa akan jadi jika saya berkahwin dengan isteri yang terbabit dalam bidang seni?” katanya.
Beralih pada perkembangan karier seninya pula, Sam tetap bersyukur kerana rezekinya tidak pernah putus dalam bidang seni sampai sekarang.
“Alhamdulillah, produser dan pengarah masih beri kepercayaan pada saya untuk berlakon dalam filem terbitan produksi mereka.
“Sebelum ini, saya bercuti panjang untuk berehat seketika daripada bidang lakonan untuk mengelakkan penonton bosan.
“Kini, saya sudah bersedia untuk kembali berlakon filem. Pada masa sama, saya baru selesai menjalani penggambaran filem Gold terbitan Red Comms. Selain itu, saya akan muncul dengan filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia arahan Bernard Chauly,” katanya.
Posting Komentar