Tabung Haji bayar bonus 8 peratus

Posted by Semua Berita Ada Disini

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pembayaran bonus sebanyak lapan peratus kepada 8.3 juta pendepositnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pembayaran bonus itu dengan kadar enam peratus sebagai bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak dua peratus.
TH sekali lagi mencatat sejarah dari segi prestasi kewangan dengan merekodkan pendapatan melebihi RM3 bilion buat julung kali dan keuntungan selepas zakat pula melebihi RM2 bilion kali kedua berturut-turut.

Related Post



Posting Komentar