Ramai lelaki Islam pakai batik sutera yang haram

Posted by Semua Berita Ada Disini

Golongan lelaki Islam diingatkan supaya lebih berwaspada ketika membeli kain batik sutera kerana kira-kira 90 peratus kain batik jenis itu di pasaran diperbuat daripada batik sutera asli yang haram dipakai di sisi agama Islam.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abdul Kareem S. Khadaied berkata, ia kerana kain batik yang diperbuat daripada 100 peratus kain sutera adalah haram dipakai oleh lelaki Islam berdasarkan kepada hadis Rasullullah SAW.
Katanya, ramai lelaki Islam masih beranggapan mereka tidak memakai kain batik diperbuat daripada kain sutera asli disebabkan harga yang dibeli di pasaran adalah murah.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mendedahkan perkara tersebut di Kondominium Vila Puteri di sini hari ini.
Sheikh Abdul Kareem yang juga merupakan Ahli Majlis Batik Antarabangsa berkata, terdapat tiga jenis kain sutera asli berkod 14366, 14101, 12102 yang banyak dipakai lelaki Islam di negara ini adalah haram kerana diperbuat daripada 100 peratus sutera. - 

Related Post



Posting Komentar