Adakah Sama Seperti Yang Berlaku Pada MH370?

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Adakah Sama Seperti Yang Berlaku Pada MH370?


Ramai yang meminta Pak Lang paparkan kisah misteri nahas Bario 2004. Ertinya ramai yang berminat tentang hal-hal pelik tapi benar ini. 'Skylab' kembali diperkatakan kewajarannya turun membantu mencari pesawat MH370. Bacalah dulu paparan berikut dengan hati dan fikiran terbuka - tanpa prejudis. Semoga ianya membantu kita memahami - Adakah ianya mempunyai signifikan dengan apa yang terjadi pada MH370?

Dalam Laporan Rasmi Nahas Yang Dikeluarkan pada 7 Julai 2005, menyatakan ‘hieraki kuasa’ antara juruterbang dan penumpang sebagai salah satu faktor terhempasnya helikopter itu.

Muqaddimah

Telah Bersabda Sulaiman
”Wahai orang-orang mulia, siapakah diantara kamu yang boleh membawa kepadaku tahta kerajaan Ratu Saba’ itu sebelum mereka datang tunduk kepadaku?”

Berkata Ifrit di antara Jin
”Saya dapat membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari majlis ini, sesungguhnya saya kuat lagi jujur”

Berkata seorang manusia yang di sisinya ada ilmu dari Kitab ”Saya boleh membawanya kepadamu dalam sekelip mata” AnNaml: 38-39
——————————————————————————————————————————-

Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun ini (2004) tiba-tiba menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, tidak berapa lama sebelum helikopter itu ditemui.

Kaedah bomoh atau dukun biasa telah gagal dalam menghadapi kes ini. Berbagai jenis bomoh dari berbagai agama mencuba berbagai alatan perbomohan bersama jampi serapahnya tetapi sia-sia. Apa sebenarnya berlaku?

Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm. Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.

-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba’kelalan.

-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.

- Isyarat kawalan automatik yang mempunyai GPRS juga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya

- Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya akhirnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ bahkan dibantu juga penduduk negara jiran Indonesia.

- Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga Australia.

- Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya

- Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak
- Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
———————————————————————————————————————–
Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh penaung Skylab (Ustaz Ashaari Muhammad) seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya.

* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor pakar dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*

- Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.

Surat pihak Skylab, wakil Ustaz Ashaari Muhammad menawarkan bantuan.
————————————————————————————————————————–
- Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak telah menerimanya secara positif. Permohonan Skylab untuk membantu dipersetujui Ketua menteri Sarawak apabila Ketua Menteri sendiri mendapat maklumat dari bomoh bahawa helikopter itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis- lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.

Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan.

Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas ‘seorang’ wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilik mesyuarat. Tidak semua member Skylab mampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.

Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario.

Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan.

Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.

Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helicopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.

Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
————————————————————————————————————————–
1..Pada 23 Julai 2004 (Jumaat ) selepas sebelas ( 11 ) hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Captain George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa’Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing helikopter tersebut.

Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya helikopter itu dengan jelas di sana – di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.

Hanya satu pokok yang kelihatan tercantas pada mulanya. Jika diikutkan logik, mustahil manusia biasa mencantas pucuk pokok dan dedaunan bermula di bahagian teratas pokok menjulur hingga ke dahan-dahan yang di bawah… di tengah-tengah hutan belantara sebegini.
————————————————————————————————————————–
2. Pada 24 Julai 2004 ( Sabtu ) jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus, tinggal kayu balaknya sahaja menegak , seolah2 kelihatan mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam.. hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini.

Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama.. bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia.

Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu

”Bukankah kami sudah sembelih kambing dan bersedekah seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui”

Jawab Jin ” Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!”

Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.

Keesokan harinya kelihatan sudah dua batang pokok yang dicantas jin. Namun kelibat bangkai helikopter langsung tidak kelihatan di mana-mana kawasan sekitar ‘petanda’ itu iaitu pokok-pokok yang tercantas tersebut.
—————————————————————————————————————————-
3. Pada 24 Julai 2004 (Sabtu) petang, operasi ketiga – dengan panduan sistem GPS – Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi helikopter mereka adalah dua lagi helikopter lain, tetapi penumpang heli kopter utama melihat 2 lagi helikopter lain itu terlalu kecil,sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin.

Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.

Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari helikopter itu, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, kaedah dukun untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah giginya. Helikopter penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkannya

Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Helikopter telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.

Sekembalinya dari operasi ketiga, petang Sabtu 24 Julai, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al.

Tabib Hassan berkata ” Tolonglah bukakan helikopter itu pula untuk kami dapat lihat”

Jawab Al “ Ya lah..kami akan bukalah!!”

Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
——————————————————————————————————————————–
4. Pada 25 Julai 2004 (Ahad) pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah-olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh..

” Jin, jin mengapa lambat sangat nak buka ni?.”

Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan helikopter itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.

Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa’ Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan.

Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke helikopter bantuan menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..

” Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke helikopter, mereka seperti sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya helikopter itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu”.
——————————————————————————————————————————
5. Pada 27 Julai 2004 (Selasa), Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Captain Thomas meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa’ Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang helikopter itu dapat dilihat oleh Captain Thomas di tempatnya.

Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja.

Semasa helkopter itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri helikopter terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagi pula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
————————————————————————————————————————————
6. Pada 28 Julai 2004 (Rabu) , hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari helikopter itu. Pada petangnya, dua orang polis udara ASP Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan.

” Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!”

Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat helikopter itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah-buahnya pula masak dan besar. Bila helikopter buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula.. bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang.. terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut helikopter mencari si Tabib.

Tabib memberitahu ASP Ehsan
” Nampaknya jin itu telah menutup helikopter itu semula!”
Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x, Ayat Qursi dan selawat pada Rasulullah SAW.

Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [ Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukan Bomba – pemadam kebakaran – yang menjumpai helikopter itu. Ada yang mengatakan ekor helikopter sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan helikopter ada bersama-sama. Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.

Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi helikopter itu sedang ghaib semula waktu itu!!

Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
—————————————————————————————————————————————
7. Pada 29 Julai 2004 ( Khamis) , ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui helikopter malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ).

Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat helikopter malang ditemui kerana tanahnya yang curam.

Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat, membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui

“ Mengapa lambat selamatkan kami?”..

Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram.

Helikopter itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.

Pintu helikopter terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allahyarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu.

Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu-kayan disapu bersih.

Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab

” Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam”

Kapten Haris menceritakan helikopter itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah helikopter itu diletakkan di situ, dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah helikopter itu terhempas di situ.

Aneh, helikopter dilaporkan terhempas dari altitud tinggi dengan petrol yang masih penuh di dalam tank tetapi langsung tak terbakar, hanya ekornya patah sedikit.
——————————————————————————————————————————–
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris – Miri Daily News di Sarawak menemubual, mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari helikopter hilang itu.

Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan helikopter itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang.

Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.

[Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid'ah dsb ]

Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab..” Apakah Ustaz didampingi jin?”
Beliau menjawab,”Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin. Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam.”

Dan akhirnya, salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding. Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal.

Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah? seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini.
Dipetik dari buku Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario

SKYLAB September 2004

Usahasama team Skylab : Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato’ Muhamad

sumber : suaramuhajirin313.blogspot


Related Post



Posting Komentar