Anak Che Ta Dapat keputusan Cemerlang

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Anak Che Ta Dapat keputusan Cemerlang


Walaupun gagal mendapat semua A, anak kepada selebriti Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta tetap juga memperoleh keputusan yang cemerlang. Menerusi laman Instagram miliknya, Che Ta meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya, Ameer Effendy berjaya memperoleh 8A dalam keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini. Untuk makluman, Ameer merupakan pelajar di Kolej Yayasan Saad, Melaka.
che ta
Seperti diketahui umum, Rozita pernah menolak tawaran berlakon buat seketika bagi memberikan tumpuan kepada Ameer ketika dia hendak menduduki peperiksaan tersebut dulu. Selain Ameer, Rozita mempunyai seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra Azuar Effendy, 15, hasil perkahwinan terdahulu dan kini sedang mengandungkan cahaya mata pertama hasil pernikahannya dengan Zain Saidin.
Tahniah diucapkan.
p/s: Paling bawah sekali tu agak-agak subjek apa…?


Related Post



Posting Komentar