Anwar Dakwa Dirinya Paling Layak Tangani Kehilangan MH370

Posted by Semua Berita Ada Disini


Scripters

Anwar Dakwa Dirinya Paling Layak Tangani Kehilangan MH370

Anwar dakwa dirinya paling layak tangani kehilangan MH370


KAJANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.

Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.

Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu. - Sumber


Related Post



Posting Komentar