Berkuburnya MH370 Di Lautan Hindi Sudah Dijangka?

Posted by Semua Berita Ada Disini


Scripters

Berkuburnya MH370 Di Lautan Hindi Sudah Dijangka?




Umum cepat atau lambat...kemungkinan MH370 ' berkubur' di Lautan Hindi sudah dijangka

penganalisis yang menjadi tetamu di rancangan khas MH370 stesen TV terkenal China,CCTV telah menyifatkan pengumuman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai berakhirnya penerbangan pesawat Boeing 777-200 MAS di Selatan Lautan Hindi ' terlalu awal'.

Katanya Perdana Menteri sepatutnya tunggu sehari dua sehingga satu bukti sahih yakni serpihan pesawat itu ditemui di lautan itu.

Itu cuma satu komentar menyambut suatu berita duka.Namun di sudut hati siapa saja yang selama ini menunggu dan menunggu khabar rasmi mengenai misteri kehilangan MH370...ia bukan sesuatu yang mengejut langsung.

Lojik akal itulah penamatnya MH370. Cepat atau lembat bukan lagi menjadi soal.Seperti kata Najib Isnin malam beliau hanya ingin bersikap telus menyampaikan khabar secepat mungkin yang diyakini mengenai apa terjadi pada pesawat itu.

Lagipun yang membuat rumusan itu bukan Perdana Menteri tetapi mereka yang pakar dalam data satelit di Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).

Ramai juga yang bersetuju dengan langkah Najib itu.Apa perlu diberi lagi harapan palsu. Fakta ialah fakta.

Ini bukan kisah UFO atau MH370 mungkin ditelan dalam misteri ala-Bermuda Triangle.

Beberapa hari kebelakangan ini pun pertunjuk-petunjuk dari satelit Australia,China dan Peranchis semakin memberi indikasi mengenai lokasi nahas itu.

Cuma dalam situasi operasi cari dan menyelamat pesawat Australia,Amerika,China dan New Zealand belum dapat lagi temui lokasi objek-objek yang kelihatan dalam imej satelit.

Mereka yang tahu mengenai situasi lautan ' di hujung dunia' itu dapat memahami betapa sukarnya untuk menjalankan tugas itu.

Bayangkan untuk ke kawasan 2,500 kilomiter ke Baratdaya Perth itu pesawat SAR kena terbang empat jam pergi dan empat jam balik.Mereka cuam ada dua jam untuk berlegar kerana faktor minyak.

Ini belum masok lagi faktor cuaca yang tidak menentu dan sebagainya.

Bagi kebanyakan orang sebenarnya pengumuman Perdana Menteri itu bukan permulaan...tetapi satu permulaan 1001 macam tanya tanya mengenai misteri yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan.

Soalan yang utama tentulah bagaimana pesawat yang sepatutnya ke Beijing di Utara boleh melencong ke Selatan.

Siapa yang tidak hairan mengapa destinasi ialah lautan yang paling sunyi ,dalam dan jarang dilalui oleh kapal maupun kapal terbang.

Apakah ia dirampas dan apa motif sebenar orang yang sengaja membawa pesawat itu ke tempat yang tidak dapat dibayangkan itu.

Yang pasti setakat ini lebih banyak soalan dari jawapan.



Kalau Betul Itu Serpihan MH370....Pelik Memang Makin Pelik


Macam mana pesawat MH370 boleh sampai ke 'hujung dunia' - Selatan Lautan Hindi,2,500 kilomiter ke Baratdaya Perth,Australia yang dianggap kawasan laut yang sepi,selalu bergelora dan jarang dilalui oleh kapal dan kapal terbang.

Inilah yang membingungkan semua orang termasuk pakar penerbangan - jika betul - nanti penemuan dua objek oleh satelit diumum oleh Perdana Menteri Australia,Tony Abbott itu serpihan dari pesawat MAS Boeing 777-200.

Kenapa halanya ke situ yang hanya laut lepas,tidak ada darat maupun sebarang lapangan terbang?

Bayangan tentangan kedalaman laut kawasan dekat apa yang dikenali orang sebagai 'Roaring Forties' antara 3,000 hingga 7,000 miter sudah cukup untuk buat siapa sapa naik remang bulu roma.

Untuk pesawat sampai ke kawasan itu dari Perth saja sudah ambil masa tiga empat jam.Ini belum masuk berlegar untuk mencari dan kemudian nak berpatah balik.

Hanya pesawat jenis jarak jauh saja boleh digunakan kerana faktor minyak dan sebagainya.

Kapal pula ambil masa dua tiga hari untuk sampai ke situ dari Perth.

Melihat senario kawasan itu dan faktor cuaca nampaknya pencarian MH370 di kawasan itu bukan mudah.

Ada yang kata ia mungkin ambil masa paling awal tiga empat hari baru satu kepastian boleh dibuat.

Sepanjang pencarian oleh pesawat tentera udara Australia dan Amerika Khamis tidak menghasilkan apa-apa.

Pencarian itu diteruskan pagi ini.Setakt pagi Jumaat cuaca dilaporkan baik berbanding berkabus teruk semalam.

Macam-macam teori kini bermain tentang - jika betul - bagaimana MH370 bila sampai ke destinasi yang amat pelik itu.

Ada yang bermain dengan andaian mungkin juruterbang dan pembantu juruterbang pengsan selepas sesuatu berlaku atas pesawat itu masa di udara Laut China Selatan - lokasi terakhir juruterbang berhubung dengan menara kawal - dan ia terbang secara auto pilot hingga habis minyak dan menjunam ke dalam laut di situ.

Ada juga cakap-cakap mungkin orang yang memandu pesawat itu memang merancang untuk terbang terus ke kawasan yang siapa pun tidak tahu itu.

Untuk ke kawasan itu dari Utara Sumatra selepas melintasi semenanjung Malaysia ia perlu lalui ruang udara Indonesia.

Bagaimana pesawat itu boleh menyorok dari radar Indonesia?

Jika ambil kira teori pesawat terbang secara autopilot kerana juruterbang dan pembantu juruterbang tidak sedarkan diri pasti ia dapat dikesan oleh jangkauan radar Indonesia.

Bukan sejam dua tetapi lebih lima jam penerbangan perlu untuk sampai ke kawasan Selatan Lautan Hindi itu.Kawasan itu sudah mengarah ke Antartica.

Lojik akal berkata jika tidak dapat dikesan radar tentunya pesawat itu terbang amat rendah dan membuat pelbagai lencongan.Ini tidak mungkin dapat dilakukan menerusi auto pilot.

Teori yang boleh diterima akal ia mesti dipandu oleh seseorang...yang sudah set destinasi ke situ.

Soalan yang paling membingungkan tentunya...kenapa mahu ke situ? - sumber


Baca juga di sini




Related Post



Posting Komentar