Hasut Peminat

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Hasut Peminat


Bagaimanapun tuduhan berkenaan dinafikan oleh salah seorang admin bagiIzzuezers yang dikenali sebagai Jasmeera. Jasmeera yang telah menguruskan ‘Izzuezers’ sejak tahun lepas turut menyatakan bahawa Awin Nurin adalah seorang individu yang sangat mudah untuk berurusan tanpa sebarang provokasi. Menurut Jasmeera lagi;
Izzue Islam Dan Awin Nurin
“Selama saya berjumpa dengan Awin beberapa kali semasa event yang ‘Izzuezers’ pernah dianjurkan, Awin melayan peminat Izzue dengan sangat baik. Tak pernah pula dia hasut kami untuk tidak undi ‘Forteen’. Malah, dia selalu menawarkan bantuan kepada peminat untuk tangkap gambar mereka bersama suaminya itu.”
“Dia juga tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada peminat, sama ada peminat Izzue ataupun kepada peminat ‘Forteen’. Ada juga peminat yang beri hadiah dan bergambar dengan Awin juga sebab dia memang mesra. Memandangkan Awin merupakan pengurus Izzue, saya ada berhubung dengan Awin untuk menjemput pelakon itu dan juga kumpulannya ke acara kami. Jika jadual Izzue masih kosong, pasti Izzue akan hadir ke majlis kami.”
Jasmeera turut menambah bahawa dia masih belum mendengar sebarang rungutan daripada ‘Izzuezers’ sendiri berkenaan perkara ini. Setakat ini respon daripada peminat juga agak memberangsangkan dan melalui permerhatian pihaknya, followers dalam laman-laman sosial tersebut tidak pernah pula berkurangan, sebaliknya bertambah.


Related Post



Posting Komentar