Hijabista Bangga Jadi Perhatian

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Hijabista Bangga Jadi Perhatian


RASANYA isu si gadis hijabista yang menghadiri parti muzik baru-baru ini tidak akan menjadi kecoh jika tidak kerana status yang dimuatnaiknya di laman sosial.
Sekali baca sahaja kami boleh membuat andaian bahawa dia terlalu berbangga kerana menjadi perhatian oleh para penonton lain di sana kerana imej bertudungnya.
Agak-agak, perlu tak ayat seperti?
“…everyone were staring at me with their lopong-mouth! And I was like “darr, I have the most expensive tix n bkn duit kau! I came for the rave!” Naahhh…tp that feeling hilang tiba2 bila almost 10 guys stop dancing and greet me with their thumbs up and said, “akak ni cool!” “Terbaiklah hijabister” “power!” “Wow!”
“Yes! At least ada juga org terima my look malam td! I’m proud to wear hijab while raving and listening to world best trance dj Armin Van Buuren!
Gadis Hijabista Bangga Jadi Perhatian Jejaka

Gadis Hijabista Bangga Jadi Perhatian Jejaka
Akibatnya, ramai pembaca di laman sosial memberi komen mengutuk sikap gadis tersebut yang dilihat terlalu membangga diri sehingga lupa tujuan sebenar dia berhijab.
Bukan sahaja dia menunjuk-nunjuk yang dia membeli tiket paling mahal, tetapi turut menyatakan dirinya menjadi perhatian para jejaka di sana.
Setahu kami, berhijab adalah untuk melindungi aurat kita daripada dipandang oleh lelaki bukan muhrim, tetapi gadis ini boleh berbangga pula.
Rasanya, kalau dia sekadar pergi dan tak bercakap yang bukan-bukan, mungkin tak ada siapa yang akan kecoh, betul tak?
Oleh: Mynewshub.my


Related Post



Posting Komentar