Scripters
Jom Heboh Di Terengganu 28-29 Mac Ini Telah Di Tunda
Jom Heboh Di Terengganu 28-29 Mac Telah Di Tunda ke satu tarikh lain. Tak pasti bila. Tahniah kepada TV3 kerana perihatin.
Tragedi MH370: Media Prima ucap takziah
Kuala Lumpur - 26/3/2014: Lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan Media Prima Berhad (Media Prima) berkongsi kesedihan tragedi yang menimpa MH370.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kumpulan Media Prima merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga penumpang dan kru pesawat malang itu.
“Kami mendoakan agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang luar biasa ini. Tragedi ini turut menyatupadukan rakyat Malaysia dalam berdoa dan mengharapkan keajaiban. Sebagai manusia kita hanya mampu berdoa dan berharap.
“Bagaimanapun, kami percaya bahawa keyakinan dan keprihatinan rakyat Malaysia amat besar maknanya bagi anggota keluarga yang terbabit sejak hari pertama berlaku peristiwa kehilangan pesawat MH370,” kata kenyataan itu.
Media Prima juga merakamkan penghargaan tinggi kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat MH370.
Menurut kenyataan itu lagi, kejadian malang yang menimpa MH370 belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan negara termasuk gerakan mencari dan menyelamat yang menyeluruh membabitkan petugas dan kelengkapan serta peralatan seluruh dunia.
“Rakyat Malaysia seluruhnya menghargai sumbangan negara lain dalam usaha itu. Semua platform Media Prima merangkumi rangkaian TV, radio, media cetak dan digital menganggap usaha melaporkan tragedi ini sebagai satu cabaran yang besar.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu bagi memastikan laporan terkini, tuntas dan bertanggungjawab sepanjang berlakunya peristiwa ini. Terlalu banyak yang kami pelajari daripada tragedi MH370,” katanya.
Sementara itu, semua stesen Rangkaian Televisyen Media Prima menggantikan program hiburan dengan laporan khas tragedi MH370 serta menyusun semula program siaran, sejak semalam bagi menghormati tragedi berkenaan.
Rombak susunan program
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata pihaknya berkongsi kesedihan dan bersimpati dengan tragedi membabitkan penumpang dan anak kapal MH370.
“Susulan pengumuman Perdana Menteri malam tadi (kelmarin), kami di TV3, ntv7, 8TV dan TV9 sepakat merombak susunan program dengan menggugurkan rancangan hiburan seterusnya memanjangkan laporan khas dan berita terkini, selain melebihkan pengisian agama serta ilmiah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Ahmad Izham berkata, Karnival Jom Heboh 2014 yang sepatutnya berlangsung di Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini, ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan nanti.
Posting Komentar