Kenali Ajaran Syiah

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Kenali Ajaran Syiah



Syiah mengamalkan ajaran yang jauh menyimpang dari ajaran Ahli Sunnah dan wahyu Allah. Golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akidah umat Islam.


Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka (Syiah) daripada berpijak dan menyebarkan kesesetan mereka di bumi Malaysia tercinta ini.

Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam:


Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Gambar di atas menunjukkan mereka bersembang waktu sedang solat. Inilah ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak!...


Penganut Syiah bersolat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Gambar di atas pula menunjukkan para pengikut Syiah sedang solat/sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud? Kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.

Kaum Syiah Menyembah Selain Allah



Gambar di atas pula menunjukkan para penganut Syiah menyembah manusia (menyembah imam mereka)!!. Menyembah selain daripada Allah Ta’ala, orang Islamkah mereka?. Lelaki dan wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka) dan sujud di depan gambar ulamak mereka di permakaman, sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.



Gambar diatas pula solat/sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini mengambarkan kesesatan Syiah yang nyata.

Puak-Puak Syiah membina kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. Jauhilah fahaman Syiah kerana ia sesat lagi menyesatkan.


Related Post



Posting Komentar