Scripters
Kisah Leftenan Wahi Yang Hilang DiLautan Luas Bersama Skyhawk Tentera Udara.
Negara digemparkan oleh kehilangan pesawat aset MAS Boeing 777 (MH370) yang dipandu oleh seorang juruterbang yang sudah pun mencecah flying hour puluhan ribu, dalam ertikata lain pilot yang amat berpengalaman.
Oleh sebab negara sentiasa didalam keadaan aman dan sejahtera selain dari malapetaka ciptaan manusia, maka kes sebegini mengejutkan ramai rakyat Malaysia dari tidurnya dan juga dari rutin harian.
Pada tahun 1988, sebuah pesawat Skyhawk A4 PTM yang dipandu oleh Lt Wahi Anuar bin Mat Amin, telah berlepas dari Pangkalan TUDM menuju ke Pangkalan TUDM Labuan, namun penerbangan itu dianggap penerbangan yang tidak pernah sampai kepada tujuannya.
Wira udara ini lenyap dan hilang selama lamanya di laut cina Selatan.
Sehingga ke hari ini pesawat dan juruterbang yang malang itu, tidak dapat dikesan. Kejadian yang telah berlaku hampir 26 tahun yang lalu. Bangkai atau pun cebisan pesawat juga tidak dapat dikesan.
Pada tahun 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Lt Wahi dianggap telah meninggal dunia secara rasmi.
Selepas kehilangan ini, ada lagi beberapa kejadian yang sama tetapi seperti di sini:-
Mulai dari beberapa kes ini , kerajaan mengambil tindakan menaikan taraf aset pertahanan dan ketenteraan. Itu pun masih ada ganguan dari rakyat yang condong membangkang yang tidak menghargai nyawa anggota tentera.
Para keluarga dari kalangan mereka yang turut hilang bersama pesawat MH370 harus lah mencontohi keluarga Lt Wahi. Bersabar dan bersedia menerima apa apa berita yang bakal datang nanti.
Pihak kerajaan tidak sama dengan facebooker dan pen”tweet” yang dengan rasa tiada tanggung jawap boleh menyampai kan apa apa berita dan “aku dengar itu dan ini”.
Kerajaan terpaksa saring semua maklumat kerana apa yang disampaikan mesti “hold water” kata orang putih yakni kalis soalan. Bukan untuk menyampai kan yang cepat, tapi lebih utamakan yang tepat.
Kepada Lt Wahi , Al-Fatiha untuk mu wira. - Sumber
Hawk Hilang Di Ruang Udara Johor
KUANTAN 31 Mei 2006 - Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang di selatan kawasan perairan Mersing, hari ini ketika dalam misi latihan penerbangan biasa.
Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Kapten Zulkiflee Abdul Latiff berkata, pesawat satu tempat duduk itu yang berpangkalan di TUDM Kuantan hilang dari radar dan terputus perhubungan dengan menara kawalan pada pukul 4.37 petang di ruang udara berhampiran Rompin.
Setakat ini, nasib juruterbang masih belum diketahui.
``TUDM telah menubuhkan satu pasukan mencari dan menyelamat dari 21 Skuadron dan 16 Skuadron, tetapi setakat ini pesawat itu masih belum dijumpai,'' katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, pesawat berkenaan yang sepatutnya pulang ke pangkalan TUDM Kuantan pada pukul 5 petang dipercayai hilang di kawasan Nenasi, Rompin.
``Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan sebaik sahaja pesawat tersebut disahkan hilang, ia disertai oleh dua buah helikopter Nuri dan sebuah beachcraft.
``Bagaimanapun helikopter Nuri itu menghentikan gerakannya kira-kira pukul 7 malam,'' kata sumber berkenaan.
Menurut sumber itu, gerakan mencari dan menyelamat juga melibatkan polis Johor dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Kuantan.
Difahamkan, pesawat tersebut hilang di kawasan yang pernah menyaksikan seorang juruterbang pesawat A-4 Skyhawk TUDM, Leftenan Wahi Annuar Mat Amin hilang sewaktu menjalani latihan penerbangan dari Pangkalan Udara Kuantan ke Labuan pada 23 Jun 1988.
Selepas tujuh tahun, iaitu pada 8 April 1996, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat pengisytiharan bahawa beliau dianggap telah meninggal dunia.
Kali terakhir pesawat Hawk terhempas ialah pada 23 Jun 2005 di Pangkalan Udara TUDM Labuan yang mengorbankan juruterbangnya, Kapten Mohd. Yusari Kliwon dari Skuadron 15, Butterworth. - Utusan
Posting Komentar