Info Menarik & Cerita Menarik
Malaysia Di Tuduh Oleh Keluarga Mangsa China Sebagai Pembunuh
Sekumpulan ahli keluarga penumpang warga China bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang marah berarak ke Kedutaan Malaysia di Bejing untuk menuntut lebih banyak jawapan mengenai pesawat terhempas itu, lapor AFP.
Keluarga penumpang MH370 warga China membawa plakad bernada marah kepada Malaysia sambil berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Gambar Reuters. |
Pejabat kedutaan terletak empat kilometer dari Lido Hotel di mana pertemuan di antara wakil kerajaan Malaysia dengan keluarga penumpang MH370 dilakukan.
Drama terbaru itu berlaku selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan penerbangan pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Kebiasaannya, pihak berkuasa China akan bertindak tegas terhadap sebarang perhimpunan di Beijing.
Pegawai polis berpakaian hitam menghadang jalan menuju ke kedutaan Malaysia, lapor AFP.
Ahli keluarga yang tidak mahu dinamakan dan juga pemimpin tidak rasmi kumpulan tersebut memberitahu AFP, polis "mungkin sudah tahu" mengenai demonstrasi tersebut. - 25 Mac, 2014.
Posting Komentar