MH370: sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah senda gurau

Posted by Semua Berita Ada Disini


Harianmetro1.blogspot.com

MH370: sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah senda gurau

Terkini....

Seperti yang banyak kali saya tekankan, isu kehilangan Pesawat Boing MH370 ini bukanlah isu lokal tetapi ia adalah isu global. Isu ini telah mendapat perhatian dunia luar sejak awal pagi 8 Mac 2014. Berikut saya berikan sedikit kronologi ringkas mengenai kejadian ini.....

1. Sekitar lebih kurang dua atau tiga minggu sebelum kehilangan pesawat MH370, pihak media telah memberitahu mengenai kerugian Syarikat MAS pada tahun 2013 iaitu lebih 1 billion ringgit.

2. Pada 6 Mac 2014, ada satu artikel telah dikeluarkan oleh seorang penganalisis penerbangan negara, - saya tak ingat namanya - beliau telah menceritakan bahwa untuk mengcover kerugian tersebut, pihak MAS haruslah melakukan perombakan yang drastik.

3. Tepat pada keesokan harinya, pihak MAS telah melepaskan penerbangan MH370 tanpa ada sebarang kecurigaan terhadap kapal terbang tersebut walaupun saya amat yakin, mesti ada mana-mana pekerja MAS yang tertanya-tanya, mengapa ada banyak perubahan pada pembelian tiket penerbangan tersebut.

4. Pada awal pagi 8 Mac 2014, pesawat MH370 telah dilaporkan hilang dari pemerhatian pihak MAS.

5. Hanya beberapa jam selepas itu barulah rakyat diberitahu mengenai kejadian ini.

6. Ramai pihak yang marah-marah terhadap tindakan pihak MAS, DCA dan pihak berkuasa yang tidak memberitahu mereka isu ini dengan segera.

7. Pada keesokan paginya, pihak kerajaan telah memberitahu kepada orang awam bahawa mereka harus mempercayai berita-berita yang disiarkan oleh media-media rasmi yang berautoriti sahaja.

8. Sekaligus, secara tidak langsung, satu kempen untuk mendiamkan diri rakyat daripada membuat spekulasi serta persepsi dan juga teori sendiri telah dilancarkan. Rakyat diminta diam sekiranya tidak tahu apa-apa dan rakyat juga disuruh simpati terhadap nasib keluarga mangsa.

9. Saya kira kempen itu adalah bagus dari satu sisi dan tidak bagus dari sisi yang lain.

10. Apa yang bagusnya, rakyat akan berhenti dari membuat telahan sendiri yang tidak berasas dan rakyat juga tidak akan memandai-mandai disamping dapat menghentikan khabar angin yang mungkin direka-reka oleh orang tidak bertanggungjawab.

11. Dari sisi yang lain, orang-orang seperti saya dan rakan-rakan telah terhalang dan pergerakan kami terbatas dari melontarkan buah fikir kami sendiri.

12. Sudah lama saya menanti hal seperti ini berlaku. Cumanya saya langsung tidak menjangka bahawa perkara ini berlaku dan platformnya adalah sebuah pesawat besar Boeng 777 milik Syarikat MAS.

13. Sebenarnya, tepat satu minggu sebelum tarikh 8 Mac, saya ada ke Terengganu dan di sana saya bertemu beberapa orang rakan.

14. Kami ada membincangkan mengenai bala yang akan menimpa umat Melayu di Malaysia ini. Kami kaitkan akan perkara tersebut dengan kaum Cina dan juga Beijing.

15. Langsung tidak disangka, genap seminggu selepas itu ia benar-benar berlaku.

16. Pesawat Boeng 777 penerbangan MH370 itu telah berlepas daripada KLIA menuju Beijing dengan membawa lebih 130 orang penumpang warganegara China.

17. Seperti yang dijangkakan, selepas menerima berita itu, PASTI ada banyak pihak yang akan cuba mengambil kesempatan.

18. Paling awal adalah pihak Amerika Syarikat. Mereka dengan tergesa-gesanya menghantar bala tentera mereka menaiki US N. 7th Fleet menuju perairan Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

19. Inilah peluang terbaik untuk US memasuki perairan kita dan mengawal sebahagian daripada perairan Laut China Selatan dan juga Lautan Andaman serta Selat Melaka.

20. Inilah juga peluang US untuk menarik negara-negara komunis dan syiah untuk terlibat sama dalam kempen perang yang bakal mereka lancarkan tidak lama lagi.

21. Disaat Russia hendak menyerang Ukraine, tiba-tiba sahaja pesawat ini hilang dan fokus dunia terus tertumpu kepada kita.

22. Sudah pasti ramai orang akan melupakan apa nasib saudara kita di Syria, Palestin, Lubnan dan juga Selatan Thailand.

23. Sudah pasti, di Syria mereka akan terus bergolak dan lebih parah lagi, Lubnan juga telah diserang seminggu sebelum pesawat ini hilang. Namun, tiada liputan media meluas yang dibuat disana.

24. Pihak INTERPOL (International Police) telah masuk campur dalam hal ini.

25. Pada 10 Mac 2014, pihak INTERPOL telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menemui laporan ada seorang warganegara IRAN yang telah menempah 2 keping tiket penerbangan MH370 di Thailand.

26. Saya nyatakan dengan TEGAS, orang Iran ini HANYA dilaporkan MENEMPAH dan MEMBELI dua keping tiket penerbangan MH370 di PATTANI melalui sebuah agensi pelancongan Southern Bangkok yang mana kemudiannya tiket tersebut dibeli secara online di Bangkok oleh pihak agensi pelancongan tersebut.

27. Saya nyatakan dengan TEGAS lagi, TIADA mana-mana pihak yang mengeluarkan laporan pengesahan bahawa orang Iran yang membeli tiket itu adalah orang yang sama dengan rakannya yang menaiki pesawat MH370 dan TIADA mana-mana pihak yang mengeluarkan pengesahan bahawa mereka juga orang yang sama dengan 2 orang yang dilaporkan menggunakan passport palsu menaiki MH370.

28. Pelik atau tidak, sehari sebelum laporan mengenai orang Iran ini dikeluarkan, pihak INTERPOL dan FBI/CIA cuba mengaitkan etnik Uighur dengan kes rampasan pesawat hanya kerana pesawat ini sedang terbang menuju Beijing dan mereka juga cuba meyakinkan dunia bahawa pesawat ini sedang dirampas oleh satu pihak yang masih belum pasti.

29. Beberapa jam selepas laporan media dibuat mengenai lelaki Iran yang membeli tiket itu dikeluarkan.... pihak Media Malaysia telah diberitahu oleh PDRM akan wajah DUA orang yang menaiki MH370 menggunakan passport palsu itu juga adalah warganegara IRAN.

30. Dengan tergesa-gesanya, dua keping gambar suspek telah dikeluarkan oleh pihak berwajib kepada seluruh dunia. Dengan cepatnya saya katakan, ITU GAMBAR PALSU.

31. Banyak yang hendak ditulis jika mahu mengulas mengenai gambar itu. Saya abaikan kerana ia bagi saya hanyalah sekadar memancing udang sambil memancing ikan tenggiri.

32. Saya pendekkan cerita.... pada pagi hari ini, 13 Mac 2014. Sehari sebelum genap 1 minggu kes ini berlaku... pihak INTERPOL sekali lagi membuat sidang media dan kali ini mereka sedang cuba mengaitkan negara Korea Utara dengan kes kehilangan pesawat MH370.

33. Kebetulan yang sama, sebuah bangunan telah diletupkan disebuah lokasi lain dan letupan itu telah mengakibatkan ramai warga Isreal terbunuh.

34. Dengan mati-matinya, pihak INTERPOL cuba memberitahu dunia bahawa ada kemungkinan pesawat itu telah terbang dan mendarat di Korea Utara.

35. Saya sangkal dakwaan ini kerana, sekiranya pesawat hendak terbang menuju Korea Utara, maka pesawat haruslah melepasi BANYAK negara dan pasti ada kemungkinan negara-negara tersebut telah berjaya mengesan kehadiran bendasing dalam kawasan udara mereka.

36. Sehingga kini, semua berita yang telah dikeluarkan di media semasa secara rasmi yang kononnya "MEDIA BERAUTORITI" telah lenyap begitu sahaja....

37. Langsung TIADA keputusan pasti oleh pihak mereka yang berjaya dibuat setelah menerika banyak laporan dan kenyataan daripada pihak berwajib. Cara sidang media dijalankan pun sangat tidak meyakinkan rakyat.

38. Lebih mengecewakan lagi apabila pihak China telah memberitahu bahawa mereka berjaya mengesan ada kesan benda terapung disebuah lokasi di Laut China Selatan pada 8 Mac namun TIADA tindakan diambil sejurus laporan itu dikeluarkan.

39. Lebih mengecewakan lagi apabila IPU di KLIA telah mula terjejas sejak awal pagi 12 Mac 2014. Ini sekaligus mengakibatkan pemandangan disekitar kawasan ibu kota terjejas dan banyak hutan-hutan simpan di sekitar KLIA telahpun terbakar.

40. Semua yang saya nyatakan diatas hanyalah kronologi ringkas. Anda berhak membacanya dan menilainya kemudian cubalah gabungkan dengan mana-mana fakta yang pernah saya berikan kepada anda sebelum ini.

Memang sulit dan sukar untuk menilai semua ini sekiranya kita tidak pernah mengambil tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi di dunia semasa terutamanya permusuhan antara blok komunis-syiah dan juga blok kapitalis-zionis. Masih ramai yang pasti akan terpinga-pinga MENGAPA pihak INTERPOL banyak mengeluarkan dakwaan-dakwaan yang agak keterlaluan.

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya mengapa terlalu banyak US N. 7th Fleet dibawa masuk ke perairan negara kita dan dimanakah lokasi tepat keseluruhan 7th Fleet ini bertapak di perairan kita.

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya, mengapa tiba-tiba pada 11 Mac 2014, pihak TUDM ada menyatakan mereka berjaya mengesan ada kelibat kapal menuju KEARAH Pulau Perak. Pasti ramai yang tertanya-tanya apabila pada malam 12 Mac 2014, kenyataan media pihak TUDM telah dikeluarkan bahawa mereka TIDAK mengesan pesawat MH370 menuju ke arah Pulau Perak.

Ini sekaligus mematikan khabar angin yang menyatakan bangkai pesawat sudah ditemui di sekitar Pulau Perak dan mereka sedang bersiap-siap untuk ke sana mengangkut mayat mangsa.

Bagi saya.... memang ada banyak pihak yang sedang digerakkan ke perairan Pulau Perak hingga ke Andaman. Tetapi bukanlah untuk mengangkut bangkai pesawat dan mayat mangsa, melainkan ada urusan lain.

Tahukah anda?? Pulau Perak hanyalah sebuah pulau kecil dengan batuan granit yang banyak di dalamnya. Di dalamnya hanya terdapat 1 pusat peranginan yang diasaskan oleh Tun Dr Mahatir dan juga 1 pangkalan tentera Malaysia yang menempatkan 1 Batalion tentera sahaja.

Sekian dahulu penulisan ringkas saya malam ini. Sehingga kini saya masih belum tergerak daripada menulis di blog walaupun sudah banyak kali saya nyatakan hasrat saya.

Ditulis sendiri oleh rakan blogger bradokapak https://www.facebook.com/bradokapak
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.

PS: ..sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa...meniti arus angkara.. (sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah senda gurau).. ambilah gurauan P.Ramlee sebagai suri tauladan..


Related Post



Posting Komentar