Respek Pada Kapten Norudin

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Respek Pada Kapten Norudin


Bagaimana cara kita hendak menjejak pesawat yang hilang ini Kapten? Jawab Kapten, "Doa orang-orang yang SOLEH, yang dekat dgn Allah SWT. Dan juga doa ahli keluarga, kerana mereka sedang beremosi.."

Beliau mengajak kita supaya kembali kepada pencipta kejadian itu sendiri, iaitu Allah SWT. Indeed, tika pertama kali kita dikejutkan dengan khabar ini, sebagai org yang beriman kepada Qada dan Qadarnya, sudah tentunya kita memanjatkan doa kepada Allah SWT meminta petunjuk dan keselamatan kepada mangsa, serta keampunan atas dosa kita yang lalu. Bukankah DOA adalah senjata mukmin yang paling hebat?

Subhanallah, Subhanallah.. Kapten Norudin boleh saya klasifikasikan antara individu hebat kerana berani untuk membuka mata banyak pihak supaya tidak terlalu bergantung harap pada sains semata dan jangan percaya pada konspirasi karut yang mula mencemar minda masyarakat kita.

Saya juga suka dengan status pengacara Fedtri Yahya.


Beliau bertanya Kapten Norudin, "Bagaimana nak jadi pilot yang hebat, Kapten?". Jawab Kapten, "Solat 5 waktu jgn tinggal. Hubungan dengan Allah kena bagus!"

Walaupun soalan ditanya dalam pengkhususan seorang 'pilot', saya suka generalizekan dalam konteks kita sebagai seorang manusia. Kerana petua beliau sangat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang muslim. Bukankah kita juga nakhoda pelayaran kehidupan kita sendiri?

Allah Allah, sungguh utk menjadi insan yang berjaya serta hebat, petua paling mudah adalah JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT. 
Seperti mana sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda, “Jagalah ALLAH, nescaya ALLAH akan menjagamu.” 

Kerana apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan hamba-hambaNya. Hubungan sesama manusia semakin rapat dan pertelingkahan tidak mudah berlaku kerana niat silaturrahim lillahitaala.

Keistimewaan orang yang berjaya kerana hubungan baik dengan Allah ialah, apabila Allah memberi pelbagai ujian dan dugaan, dia semakin kuat dan tabah.

Kesabaran dan kekuatan tu adalah kasih sayang Allah yang tak ternilai. Cuba tanya diri kita- harta dan duit yg kita ada, pangkat yg kita ada sekarang, boleh tak buatkan kita sabar? Boleh tenangkan kita tak ketika kita ditimpa kesusahan?

Money is not everything although everything needs money.

Suami yang kita sayang juga akan pergi meninggalkan kita, mak ayah dan anak-anak pun akan tinggalkan kita satu hari nanti. TETAPI, yang pasti takkan meninggalkan kita ialah Allah SWT.

Bagaimana mahu menjalin hubungan baik dengan Allah SWT? 
Mengerjakan 5 solat fardhu di awal waktuPenghayatan bacaan QuranBerwirid dan bertafakurSolat-solat sunat seperti sunat rawatibDhuha dan tahajjudSadaqah Bersyukur atas setiap takdirnya ke atas kita
sumber dari-->> ddyfedora.blogspot.com


Related Post



Posting Komentar