Info Menarik & Cerita Menarik
Rita Sokong Liyana Manan
Rita Rudaini sokong Liyana Manan isu Hanez Suraya - Nampaknya, kontroversi Hanez Suraya merampas suami orang semakin panas apabila isteri kekasihnya, Liyana Manan tampil memberi kenyataan di media semalam.
Menurut Liyana Manan atau lebih dikenali dengan nama Ana, dia mendakwa Hanez tidak menghormati dirinya sebagai isteri yang masih sah kepada R dan ibu kepada anak-anaknya selepas pelakon itu memuatnaik gambar kanak-kanak tersebut di laman sosial.
Ternyata, tindakan ibu kepada dua anak itu membuat pengakuan semalam turut mendapat sokongan dari sahabat yang senasib dengannya iaitu Rita Rudaini. Rita menerusi laman Instagram miliknya telah menasihati Ana supaya bersabar dan terus tabah.
Status bekas isteri Aidil Zafuan itu mendapat respon positif dari kalangan pengikutnya di Instagram. Ramai peminat dan penyokong Rita turut sama memberi kata-kata semangat kepada Ana dan seakan mengerti perasaan wanita tersebut.
Posting Komentar