Sebab Kemalangan Paul Walker Kini Di Dedahkan

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Sebab Kemalangan Paul Walker Kini Di Dedahkan


Baru-baru ini dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan kematian bintang Fast & FuriousPaul Walker yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Namun ketika itu, masih menjadi tanda tanya apakah punca kemalangan berkenaan berlaku. Adakah kesilapan jentera atau lain-lain?

Menerusi laporan sebuah portal berita, pihak penyiasat akhirnya mendedahkan punca kemalangan yang berlaku. Lebih kurang punca kematian jugalah kan. Selepas empat bulan kematian Paul Walker, pihak penyiasat merumuskan pemanduan yang tidak selamat menjadi punca kepada kemalangan yang meragut nyawa pelakon itu.
punca kematian paul walker
Menerusi hasil siasatan, Walker dikatakan telah memandu Porsche malang itu pada kelajuan 90 batu sejam bersama rakannya, Roger Rodas di Santa Clarita, California. Penyiasat juga menolak sebarang kerosakan mekanikal sebagai punca nahas dan menjelaskan segala kerosakan berlaku akibat daripada kemalangan itu.


Related Post



Posting Komentar