Selesai Cara Baik

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Selesai Cara Baik


Hanez Suraya akur untuk tidak mengambil tindakan terhadap Nurliyana Abd Manan, wanita yang juga isteri kepada teman lelakinya kerana enggan memohon maaf selepas menuduh dia sebagai perosak rumah tangga mereka.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 29, juga enggan mengulas mengenai insiden itu lagi kerana bimbang perkara berkenaan akan menjadi bertambah besar dan disalahtafsirkan oleh pelbagai pihak.

"Terpulang kepada dia (Nurliyana) sama ada ingin memohon maaf atau pun tidak dan saya juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadapnya," 

Pelakon drama I Love You Mr. Arrogant itu mengulas kenyataan balas wanita berkenaan yang enggan memohon maaf seperti diminta Hanez dalam satu sidang media khas yang diadakan pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia sentiasa terbuka untuk menyelesaikan kemelut tersebut tanpa melibatkan media selain bersedia bertemu dengan isteri kekasihnya supaya salah faham berkenaan dapat diselesaikan.

"Pada tahap ini saya rasa tidak perlu menggunakan media untuk membuka aib dan ia patut diselesaikan secara tertutup.

"Saya bersedia untuk berjumpa dengan wanita berkenaan bagi menjelaskan situasi sebenar namun saya tidak boleh masuk campur tentang urusan rumah tangga mereka berdua," katanya.

Sementara itu, Hanez berkata, dia ada membaca komen daripada masyarakat selepas dia memberi kenyataan pada sidang akhbar yang diadakan.

Hanez berkata, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya dan memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat demikian.

"Saya tidak tertekan cuma sedih kerana orang yang tidak tahu situasi sebenar terus menghukum saya dengan kata-kata kurang enak.

"Tetapi saya tidak kisah dengan pandangan itu kerana mungkin mereka masih belum memahami apa yang cuba saya sampaikan dan memaafkan mereka kerana menuduh saya dengan pelbagai perkataan negatif," ujarnya.



Related Post



Posting Komentar