Update Terkini - Ada Jual Karpet Di KLIA Ke?

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Ada Jual Karpet Di KLIA Ke?


Sekali lagi, bomoh, Ibrahim Mat Zin mengadakan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih gagal ditemui sejak hilang awal pagi Sabtu lalu.


Baca artikel sebelum ini: Raja Bomoh Dakwa Pesawat MH370 ‘Tergantung’ Antara Tiga Negara

Mstar Online melaporkan, Ibrahim yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP dengan gelaran Datuk Mahaguru mengadakan sesi ritual buat kali kedua itu semalam.


Beliau diiringi beberapa pembantu dan menggunakan air zam-zam, dua kelapa, tongkat serta permaidani yang dikatakan ajaib.

Portal itu turut melaporkan sesi yang diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai dan video sesi kedua ritual Ibrahim berdurasi 25 saat tersebar.

"Tujuan ritual adalah untuk melemahkan semangat buruk supaya penyelamat boleh mencari pesawat jika memang ia terhempas," katanya kepada pemberita, dipetik daripada Mstar Online.

Ibrahim berkata, ritual simbolik digunakan untuk banyak generasi. Lihat video di bawah ini.

Katanya, apa yang dilakukan adalah kehendaknya sendiri walaupun terdapat laporan bahawa pemimpin negara mengundangnya.
Pada Isnin, Ibrahim dilaporkan mengguna teropong diperbuat daripada buluh dan mata kail semasa sesi pertama ritual di KLIA untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

Bernama melaporkan Ibrahim, yang mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh menjadi popular selepas menawarkan perkhidmatan untuk mencari mangsa dalam beberapa kes besar seperti tragedi Highland Towers dan kes Mona Fendy. – 12 Mac, 2014.


Related Post



Posting Komentar