Update Terkini - Hayat MH370 Semakin Kurang

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Hayat MH370 Semakin Kurang


KUALA LUMPUR: Bateri kotak hitam pesawat MH370 dikatakan hanya berupaya untuk bertahan sekurang-kurangnya 18 hari daripada tarikh kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), 8 Mac lalu.
Menurut syarikat Honeywell yang mengeluarkan kotak hitam, alat itu direka supaya dapat dicari semula sehingga 30 hari selepas berlakunya kejadian tidak diingini, mengikut syarat ditetapkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
Kotak hitam biasanya berupaya menjawab segala persoalan serta spekulasi kejadian menimpa sebarang pesawat, terutama membabitkan kehilangan pesawat MH370 yang ketika itu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Semua pesawat wajib dilengkapi kotak hitam yang terdiri daripada perakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).Setiap FDR dan CVR pula dipasang peranti dikenali sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang akan diaktifkan jika pesawat terhempas dalam air.
MH370

Sekiranya kotak hitam terbabit tidak dapat ditemui selepas hayat bateri tamat, operasi SAR akan menjadi agak sukar memandangkan kawasan pencarian kini seluas Australia.

Sementara itu, mengikut South China Morning Post yang memetik kapten penerbangan merangkap penyiasat nahas pesawat dari Hong Kong, David Newbery, berkata pasukan SAR menghadapi masalah sama ketika mencari pesawat Air France 447 di Lautan Atlantic, pada 2009.
Menurutnya, kotak hitam pesawat Air France itu hanya ditemui dua tahun selepas nahas itu.
“Oleh itu, jika pesawat tidak ditemui sebelum isyarat itu berhenti, pencarian akan laluan yang agak rumit,” kata Newbery.

Professor Alan Lau Kin-tak daripada Jabatan Kejuruteraan Universiti Politeknik Hong Kong bersetuju dan berkata: “Penemuan pesawat akan menjadi lebih sukar jika tiada sebarang penemuan dalam masa 30 hari.”

Pasukan SAR juga tidak dapat mengesan isyarat daripada pemancar lokasi kecemasan pesawat itu yang mempunyai jangka hayat selama 24 jam selepas berlakunya nahas.

Operasi SAR kini membabitkan 26 negara yang menumpu pencarian di dua koridor iaitu Koridor Utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand manakala koridor Selatan membabitkan selatan Lautan Hindi berhampiran perairan Indonesia dan Australia.

Menerusi sidang media harian di KLIA, hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut memaklumkan bahawa pasukan penyiasat Air France turut berkongsi pengalaman mengenai kotak hitam.
“Penyiasat Air France turut berkongsi maklumat mengenai alat khas bagi mengesan kotak hitam. Kami sudah mengenal pasti alat berkenaan yang mungkin dapat membantu. Kita perlu cari pesawat dulu untuk mendapatkan kotak hitam,” katanya.


Related Post



Posting Komentar