Update Terkini - Hishammudin Di Persoal

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Hishammudin Di Persoal


SEPANG – Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah ‘perlindungan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak.

image
Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib.
Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.
“Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau.
“Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa,” katanya.
Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370. Sinar harian


Related Post



Posting Komentar