Update Terkini - HP Masih Boleh Di Hubungi

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - HP Masih Boleh Di Hubungi


Mengapa Telefon Bimbit Penumpang MH370 Masih Berdering? - Telefon sesetengah penumpang dan anak kapal dilaporkan masih berdering ketika dihubungi, sekaligus memarakkan teori bahawa terdapat konspirasi di sebalik kehilangan pesawat MH370.

Waris penumpang pesawat MH370 menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi mangsa di Hotel Lido
Beijing. Setengah mereka mendakwa mangsa masih 'online' dalam laman mesej segera QQ
Pengarah Komersial MAS, Hugh Dunleavy dilaporkan memberitahu The Strait Times, syarikat dapat mendengar deringan ketika menghubungi telefon bimbit anak kapal selepas kejadian namun panggilan tersebut tidak disambut.

Nombor berkenaan dikatakan telah diberikan kepada pihak berkuasa China untuk tujuan siasatan.

Dalam pada itu, sebuah laman web China turut menyokong dakwaan ini apabila memaparkan pengalaman 19 keluarga yang menyatakan mereka dapat mendengar bunyi deringan ketika menghubungi nombor telefon waris mereka yang menaiki pesawat MH370.

Justeru, anggota keluarga terbabit dikatakan meminta penjelasan sebenar daripada pihak penerbangan yang disangka mereka tidak memberitahu situasi sebenar.

Mereka turut mendakwa, anggota keluarga mereka yang hilang bersama pesawat turut dilihat masih ‘online’ di laman perkhidmatan mesej segera QQ.

Susulan itu, keluarga terlibat dikatakan keliru dan menganggap tidak susah untuk mengenalpasti lokasi pesawat jika kedudukan signal telefon bimbit ini diambil kira.

Bagaimanapun, kesemua deringan dan signal online daripada telefon bimbit dikatakan mulai hilang sejak Isnin lalu sekaligus meninggalkan anggota keluarga penumpang pesawat MH370 kian tertekan dan keliru.

Adakah bateri telefon bimbit sudah habis? Atau ia dimusnahkan air masin? Atau mungkinkah ini isyarat biasa yang disebabkan oleh server Internet? Atau pesawat masih ada di satu lokasi setelah dirampas pihak tertentu? Satu dunia masih menanti jawapannya…

Memang logik telefon tersebut masih berdering bersumberkan laporan Mirror.uk. Manakala myMetro baru keluarkan berita pada hari ke5 dimana ketika nada deringan telefon tersebut telah hilang. Adakah mungkin satu-satu bateri telefon bimbit dapat bertahan dalam tempoh 5 hari tanpa di charge?

Wa Allahu'alam.. 


Related Post



Posting Komentar