Update Terkini - Isteri Pilot Sangkal Dakwaan

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Isteri Pilot Sangkal Dakwaan


Antaranya yang mengaitkan dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang yang bertugas ketika itu. Kemudian mereka mengaitkan dengan cerita ahli keluarganya melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian.
rumah kapten zaharie
Kalau sebelum ini anak perempuan kepada Kapten Zaharie tampil menyangkal dakwaan berkenaan, kali ini pula sumber terdekat kepada keluarga Kapten Zaharie tampil untuk menjelaskan tuduhan yang dilemparkan kepada ahli keluarga itu. Jelasnya dalam sebuah laporan, dakwaan mereka melarikan diri ke luar negara sehari sebelum kejadian tidak benar.
Menurut sumber itu, isteri Zaharie sebenarnya tidak pernah melarikan diri sebaliknya berada di rumah anak sulungnya di Subang. Beliau berkata, wanita tersebut pergi ke rumah anaknya sehari sebelum kejadian.
“Beliau (isteri) sering berulang alik antara Shah Alam dan Subang apabila suaminya terbang. Kebanyakan masa dihabiskan di Subang dan hanya akan pulang ke rumah sekiranya kapten bercuti. Rumah ini boleh dikatakan sebagai rumah persinggahan untuk ahli keluarga berkumpul,” katanya.
Menurut sumber tersebut, dia juga kecewa dengan spekulasi yang tersebar kerana sedikit sebanyak menjejaskan emosi keluarga serta memberi tanggapan buruk terhadap keluarga Zaharie terutama isterinya. Sumber berkata, rumah Zaharie di Laman Seri di sini, dikawal ketat oleh pihak pengurusan.
“Pengawal keselamatan sentiasa berkawal di rumah Zaharie, malah orang luar juga tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut,” katanya.


Related Post



Posting Komentar