Update Terkini - MAS Tolak Spekulasi

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - MAS Tolak Spekulasi


SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan spekulasi yang mengatakan Kapten Zaharie Ahmad Shah telah ditukarkan di saat akhir sebagai juruterbang pesawat MH370 yang hilang 8 Mac lalu.
“Itu tak betul.. sebenarnya (ia seperti) di roster, seperti yang di jadual,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang media pada Isnin.



MH370 MASSebuah foto telah dimuatnaik di laman Facebook pada 8 Mac oleh Noor ‘Olya Dollah yang mendakwa bahawa terdapat perubahan jadual di saat-saat akhir untuk anak kapal Boeing 777-200 itu.
Dalam mesej tersebut, wanita itu menyatakan penghargaannya kepada Allah bahawa suaminya, Anas Mazlin yang pada mulanya dijadualkan untuk terbang laluan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada tengah malam 8 Mac, telah digantikan di saat akhir.Dalam sebuah laporan oleh The Malay Mail Online hari ini, pihak MAS mengaku terdapat juruterbang yang bernama Anas Mazlin.
Bagaimanapun MAS menafikan bahawa terdapat perubahan dalam jadual yang mengatakan Anas sepatutnya menerbangkan pesawat MH370 itu.Menurut MAS, Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid telah dimaklumkan tentang jadual mereka tujuh hari sebelum penerbangan dari KL ke Beijing itu. — Astro Awani


Related Post



Posting Komentar