Update Terkini - Objek Yang Di Kesan Satelit Mungkin Kotena Kata Pakar

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Objek Yang Di Kesan Satelit Mungkin Kotena Kata Pakar


Misi pencarian pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu diteruskan pada Jumaat selepas usaha mengesan dua objek yang dikesan pada Khamis atau sebarang serpihan pesawat gagal. Malaysia dan Australia menyifatkan dua objek yang dirakamkan satelit di selatan Lautan Hindi sebagai ‘petunjuk kukuh’ dalam merungkai misteri kehilangan pesawat sejak 8 Mac lalu. Namun beberapa pakar bimbang dua objek tersebut tiada kaitan dengan pesawat MH370.
imej satelit objek dijumpai di lautan hindi australia
Seorang pakar penerbangan di Universiti New South Wales, Sydney memberitahu agensi berita Associated Press bahawa dua objek itu mungkin merupakan sebahagian kontena yang terjatuh dari kapal kargo di lautan itu. Seorang lagi pakar, John Blaxland yang juga felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Pertahanan di Australian National University memberitahu CBC News bahawa dia turut mengesyaki objek itu adalah sebuah kontena.
amsa
“Agak sukar untuk menganalisis objek tersebut kerana imej itu dirakamkan empat hari lalu. Ini bermaksud imej tersebut mungkin hanyut ke lokasi lain,” katanya.


Related Post



Posting Komentar