Update Terkini - Tikar Tok Moh Di Jual

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Tikar Tok Moh Di Jual



Siapa sangka, di sebalik kes kehilangan pesawat MH370 yang menggemparkan seluruh negara ada perkara lain yang tiba-tiba mengalih tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Gara-gara ritual pelik dilakukan bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA tempoh hari ketika media asing turut berada di sana, perkataan “bomoh” menjadi trending seluruh dunia apabila ia ditwit lebih daripada 200,000 kali.

Bagaimanapun menurut laporan BBC, kebanyakan status Twitter mengenai bomoh memperkatakan tentang tindakan itu telah memalukan Malaysia.

Twit-twit berkenaan merupakan respon terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang muncul sebanyak dua kali di KLIA, selepas mendakwa dirinya dijemput individu tertentu untuk membantu mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Antara aksi Ibrahim yang mendapat tumpuan ramai adalah mengenakan jampi menggunakan kelapa, teropong buluh dan bubu yang didakwanya  dapat mengesan kedudukan pesawat.

Tak cukup dengan itu, Ibrahim kembali muncul dengan ‘tikar terbang’ dan buah kelapa dua hari kemudiannya.


Related Post



Posting Komentar