Update Terkini - Wajah Pengguna Passport Palsu

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terkini - Wajah Pengguna Passport Palsu


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Pouria Nur Mohamad Mehdrad dipercayai ingin bermigrasi ke German. Lelaki itu menggunakan pasport warga Austria milik Christian Kozel yang dilapor hilang di Thailand. Menurutnya, berdasarkan siasatan yang dilakukan terhadap individu terbabit mendapati lelaki berkenaan tiada kaitan dengan mama-mana kumpulan pengganas.
MH370 passport palsu warga iran
Manakala idenditi lelaki kedua didedahkan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki kedua yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, juga adalah warganegara Iran. Noble berkata pasport kedua-dua lelaki itu tidak terdapat dalam pangkalan data Interpol. Noble juga menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini namun insiden ini ada hikmahnya kerana orang mula beri perhatian tentang penggunaan pasport curi. Beliau berkata minat di dalam kejadian itu semakin lama semakin pudar selepas pihak polis mengetepikan unsur keganasan.
Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat pula berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia. Aloyah berkata kedua-dua lelaki yang menggunakan pasport curi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Phuket pada 28 Februari pada waktu yang sama. Seorang menggunakan menggunakan pasport Austria yang bernombor P2979523 dan seorang lagi menggunakan pasport Itali yang bernombor YA3189197. Mereka kemudiannya berlepas dari KLIA pada 7 Mac menggunakan pasport yang sama. Beliau juga menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.


Related Post



Posting Komentar