Scripters
GAMBAR PERARAKAN DAN PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA MENDIANG KARPAL SINGH
20/04/2014 - Hari ini berlangsungnya sesi penghormatan terakhir buat Karpal Singh yang tidak sempat meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 74 tahun pada 28 Jun ini. Terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya awal pagi Khamis di Lebuhraya Utara-Selatan hala Utara berhampiran Gua Tempurung, perarakan besar-besaran mayatnya telah singgah di empat lokasi yang sinonim dengan dirinya. Kelihatan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang juga memberikan penghormatan kepada mayat Karpal.
Empat kawasan itu adalah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabat Karpal di Green Hall, bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan St. Xavier's Institution (SXI).
Kereta membawa keranda Karpal akan menuju tempat membakar mayat di Batu Gantong dari sekolah tersebut.
Pengerusi jawatankuasa upacara pengebumian, Chow Kon Yeow berkata, kereta membawa keranda Karpal akan bergerak meninggalkan rumahnya di Jalan Utama kira-kira pukul 8.15 pagi menuju ke Dewan Sri Pinang dimana beliau akan diberikan penghormatan negeri.
Kereta tersebut melalui Jalan Utama, Jalan Macalister, Lebuhraya Peel, Jalan Perak, Jalan Burma, Jalan Pangkor, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Farquhar and Lebuh Light semasa dalam perjalanan ke Dewan Sri Pinang.
Orang ramai kelihatan datang bagi memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Karpal di Dewan Sri Pinang bermula pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.
Posting Komentar