Jep Sepahtu Beri Penjelasan

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Jep Sepahtu Beri Penjelasan


Semalam kecoh juga dengan isu pelawak popular, Jep yang merupakan anggota kumpulan Sepahtu didakwa maki peminat dengan kata-kata kesat. Isu berkenaan disiarkan menerusi satu ruangan hiburan sebuah akhbar dan penulis itu mendakwa dia menerima email dari peminat tersebut yang kecewa dengan tindakan Jep.

jepp
Beberapa pihak media sudah cuba untuk mendapatkan penjelasan Jep, namun gagal kerana Jep tidak membalas sms dan panggilan dari mereka. Namun hari ini, menerusi laman Instagram miliknya, Jep telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu tersebut.
Menurut Jep:
“Astagfirullah hal azim…ujian semakin hebat..Semoga yang mencipta fitnah ini sentiasa dirahmati Allah..Allah saja yang tahu betapa bersyukur nya saya ade peminat seperti anda…siapalah saya tanpa anda semua…Hasbunallahhuwanikmawakil…”jepp1
Jelas dari kenyataan itu, Jep menafikan tuduhan berkenaan. Bagi ammboi, mungkin wujud salah faham ketika itu. Jadi harap ianya sudah selesai.


Related Post



Posting Komentar