Kami Akan Jadi Harimau Jelutong Seterusnya

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Kami Akan Jadi Harimau Jelutong Seterusnya


KUALA LUMPUR: Beberapa jam sebelum khabar kematian bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh diterima, Akhshay Singh Deo, 11, cucu Karpal, didatangi mimpi dia berjalan berpimpin tangan dengan datuknya itu di tepi pantai dan mereka berdua bermain bola.

"Dalam mimpi saya, dia memeluk saya...ia adalah tanda Karpal kini sudah boleh 'berjalan' menemui tuhannya," kata Akhshay.

Akhshay adalah anak sulung Jagdeep Singh Deo yang merupakan anak sulung Karpal.

Cucu sulung Karpal itu juga bertekad untuk menjadi seorang peguam yang berani dan berdedikasi dalam usahanya memastikan legasi ahli parlimen Bukit Gelugor itu tidak dilupakan.

Semalam, ketika majlis penghormatan kepada Karpal, Akhshay, sambil memegang mikrofon berkata;"Saya akan menjadi harimau Jelutong yang seterusnya,"

Bersama 10 lagi cucu Karpal, Akhshay ditanya adakah dia akan mengikut jejak langkah datuknya menjadi peguam dan 'pembela yang ditindas'.

"11 daripada kami berkata "jangan main-main", jadi anda semua harus berhati-hati," kata Akhshay bersama sepupunya yang lain, memetik kata-kata Karpal kepada Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin. Antara kata-kata mendiang yang terkenal.

Semua cucu Karpal juga menunjukkan kepada wartawan kad besar yang mereka sediakan bagi memperingati Karpal, yang sarat dengan ucapan-ucapan tanda kasih sayang mereka.

Setiap mereka membacakan ayat yang ditulis dengan kuat, antaranya "Datuk penyanyang", "Kami semua akan menjadi harimau seperti kamu" "Datuk kami, Wira kami, Harimau kami" dan "Jangan main-main".

Semalam merupakan hari terakhir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di 144A, Jalan Utama, Georgetown.

Awal pagi ini, suasana pilu mengiringi perjalanan terakhir peguam terkemuka itu ke Dewan Sri Pinang yang terletak berdekatan tiga bangunan yang memiliki sejarah tersendiri buat tokoh politik itu.

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merupakan tempat permulaan dalam kerjaya Karpal manakala St Xavier Instutution merupakan sekolah tempat mendiang belajar.

Sekitar jam 11 pagi tadi, mendiang dibawa ke Bukit Gantung untuk disemadikan melalui jalan penting yang menempatkan bangunan tempat permulaan kerjayanya.

Karpal terbunuh dalam satu nahas jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung awal pagi Khamis. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantunya, Michael Cornolius.



Related Post



Posting Komentar