Lagu Sindir Hanez Suraya?

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Lagu Sindir Hanez Suraya?


Penyanyi Awi Rafael spontan tertawa saat diminta mengulas mengenai dakwaan lagu hits nyanyiannya bersama Altimet, 'Kalau Aku Kaya 'ditujukan khas' buat bekas kekasihnya Hanez Suraya sekaligus sebagai satu sindiran kepada wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu sikit masa dahulu. "(gelak), Itu kelakar. 

Saya seorang penulis dan mungkin itu yang membuatkan orang selalu salah anggap. Lagu itu sebenarnya ditulis oleh Altimet dan lagunya oleh Omar K dan Audi Mok. Saya hanya menyanyikan saja bersama Altimet. Jadi jawapan saya (adakah lagu itu sindi Hanez Suraya), tidak.", kata Awi Rafael tatkala diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut ketika ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang semalam.

Tambah penyanyi kelahiran Singapura ini lagi, lagu itu tidak merujuk pada diri Hanez sebaliknya ianya mengenai ragam masyarakat. Selain kata Awi, sejak berpisah dengan pelakon 'Mr. Arrogant' itu pada pertengahan tahun lalu, mereka tidak lagi berhubung malahan Awi juga tidak mengambil tahu mengenai perkembangan Hanez baik mengenai karier mahupun kontroversi yang melanda diri wanita itu. 

Pada masa sama, Awi meluahkan rasa syukur kerana meskipun cintanya denganHanez tidak berpanjangan namun pengalaman putus cinta itu banyak memberi pengajaran kepadanya. Malah dia merasakan keputusan untuknya berpisah dengan pelakon itu satu keputusan yang tepat. "Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya tidak menyesal mengikut kata hati saya. Bila saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu, saya beritahu dia dan ikut kata hati saya. Alhamdulillah", katanya yang mengesahkan sehingga kini belum lagi bertemu pengganti.


Related Post



Posting Komentar