Menyampah Aku Dengah Shah Jaszle Ni

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Menyampah Aku Dengah Shah Jaszle Ni


Belum lagi kes khalwat dengan wanita bernama Farah Nurizzati selesai di mahkamah, pelakon Shahz Jaszle kembali menimbulkan kontroversi yang mungkin membuatkan anda semua ‘panas hati’. Terbaru, Shah Jaszle dikatakan memuat naik foto romantik bersama seorang gadis di Instagram yang nyata bukan tunangnya, Redzwani Puteri.

Sebaliknya seorang gadis yang dikenali sebagai Hanis Husna yang juga turut sama memuat naik foto mesra mereka di akaun Instagram miliknya. Tindakan Shah memuat naik gambar tersebut mendapat komen negatif dan kecaman daripada para peminatnya sendiri yang kecewa dengan tindakan Shahz yang dianggap terlalu kejam.
Rata-rata mereka tidak bersetuju Shahz memilih wanita tersebut berbanding Redzwani yang dianggap lebih cantik dan cerdik. Namun Shahz sempat membalas kritikan para peminatnya dan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.
shahz jaszle dan kekasih baru hanis
“I don’t care what you’re gonna saya. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this,” seperti dipetik menerusi akaun Instagramnya.
Lebih panas, menerusi akaun Twitter milik Hanis Husna mengesahkan sendiri bahawa Shahz telah pun memutuskan tali pertunangan dengan Redzwani.
Dalam pada itu, Redzwani menerusi akaun Twitternya terkejut dengan tindakan tunangya itu dan hanya reda dengan apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, Redzwani menganggap tindakan Shahz sebagai satu tindakan yang kejam, dan dia mengharapkan semua pihak tidak perlu rasa simpati dengan apa yang berlaku. Sebaliknya dia merasakan pasangan  Shahz dan teman wanita barunya yang memerlukan simpati.
Apa pun kita tunggu sahaja kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Shah kepada umum kelak. Bagaimana pula dengan pandangan anda semua? Kejam ke tidak tindakan Shahz ini? Atau macam ada sesuatu yang meragukan jer. Apapun kita tunggu dan lihat jela…


Related Post



Posting Komentar