RAWATAN DI CERAGEM - MENGAPA PERCUMA (PT 2)

Posted by Semua Berita Ada Disini


Scripters

RAWATAN DI CERAGEM - MENGAPA PERCUMA (PT 2)




SATU PRODAK 100% MILIK KOREA!!

Anda telah membaca episod pertama pengenalan CERAGEM di sini, jika belum membaca bolehlah klik sekarang.

Rawatan Tulang Belakang No 1 DI DUNIA, PERCUMA HANYA DI CERAGEM.

BETULKAH PERCUMA?

Di hospital kerajaan pun kena bayar Rm 1, mustahil di CERAGEM percuma?

Serius BENAR! Rawatan di CERAGEM adalah percuma selama 40 minit berbaring di katil CERAGEM Master V3 yang canggih!! Diulang PERCUMA dan anda boleh menggunakannya setiap hari selagi mana anda mampu untuk berkunjung di pusat rawatan tersebut. Satu hari, seminggu, sebulan mahu pun bertahun dan kedatangan anda sangat-sangat digalakkan.

RAWATAN DI CERAGEM


Mengapa percuma?

Mereka menjawab: Mereka yakin dan percaya prodak mereka berkesan dan ramai pesakit / pelanggan telah sembuh semasa menjalani rawatan di pusat CERAGEM mereka.

Masih tidak percaya?

Ida tidak mampu untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengapa ia percuma. Sebaiknya selepas ini anda harus mencari pusat rawatan CERAGEM yang berhampiran dengan tempat anda. Ida hanya mampu untuk menerangkan ini adalah satu pelaburan yang terbesar yang dilakukan oleh sebuah syarikat luar negara seperti CERAGEM Korea ini. Perkhidmatan yang mereka berikan adalah percuma dan mereka berbangga apabila penyakit anda sembuh setelah menggunakan prodak mereka. DAN TIADA PAKSAAN UNTUK ANDA MEMBELI PRODAK MEREKA.

Hanya perlu datang setiap hari dan anda akan dilayan dengan mesra oleh staf-staf CERAGEM.

Dimanakah pusat rawatan CERAGEM di tempat anda?

Sebanyak 37 pusat rawatan CERAGEM telah di buka di seluruh Malaysia dan di setiap negeri. Cuma Ida kurang pasti alamatnya. Di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja ada tujuh pusat rawatan CERAGEM, tiga di Perak iaitu di Gunung Rapat,  Silibin dan  di Teluk Intan, manakala enam di negeri Johor iaitu di Batu Pahat, Kluang, Larkin Idaman Johor Bahru, Taman Molek Johor Bahru, Taman Impian Emas Johor Bahru dan satu lokasi lagi Ida kurang pasti dan selebih adalah di lain-lain negeri.

Slogan CERAGEM - SIHAT, CERIA, GEMBIRA, WONDERFUL, YES! YES! YES! 

Dibawah adalah gambar-gambar Pusat Rawatan CERAGEM yang sempat Ida cari di google. Sebagai tip untuk mengetahui alamat pusat CERAGEM di tempat anda, bolehlah menelefon  CERAGEM Canter Larkin 07 - 222 2580 pasti mereka akan membantu anda. Jika anda melihat Signboard warna merah tertulis perkataan CERAGEM ini, pergilah untuk mendapatkan rawatan percuma di sana.


RAWATAN DI CERAGEM
Pusat Rawatan CERAGEM Larkin Johor Bahru yang terletak di No 36-01 Jalan Idaman 3, Taman Larkin Idaman, 80350 Johor Bahru. (Atas Restoran Osman) - Tel 07 - 222 2580


RAWATAN DI CERAGEM
Ceragem  Cawangan Bangi - kredit  elly-daily.blogspot.com


RAWATAN DI CERAGEM
NO 273, JALAN INTAN 12, 
BANDAR BARU TELUK INTAN,
36000 TELUK INTAN, PERAK
TEL : 05-6210591
FAX : 05-6210591

Alamat CERAGEM Kepong
No. 2-2, Jalan Metro Perdana Barat 2, Taman Usahawan Kepong, Kepong Utara, 52100 Kuala Lumpur



Di Indonesia

RAWATAN DI CERAGEM


RAWATAN DI CERAGEM
Ceragem Jihea Center, Indonesia - photo by Fazri ARdeneYster
Cuba lihat betapa ramainya mereka-mereka yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan secara percuma di Indonesia. Tetapi di Malaysia dijanjikan percuma pun masih tidak percaya?



Kenapa Ida bersungguh-sungguh memperkenalkan pusat rawatan CERAGEM ini? Jawapannya kerana Ibu dan Ayah Ida mendapat rawatan percuma di sini. Mereka ikhlas membantu untuk memulihkan kedua Ibu dan Ayah Ida secara percuma, jadi orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Dengan rasa tanggungjawab apalah sangat untuk memperkenalkan CERAGEM ini berbanding dengan manafaat yang diterima oleh Ibu dan Ayah Ida. Untuk pengetahuan semua Ayah Ida mengidap penyakit saraf dan tulang belakang yang serius (slip disc pain). Doktor dah tebuk 10 lubang di tulang belakang Ayah Ida untuk dimasukkan ubat dan doktor menyarankan supaya Ayah Ida menjalani oprasi pembedahan untuk memasukkan besi. Tetapi Ayah Ida belum bersetuju untuk menjalani pembedahan cuma bersetuju untuk menjalani rawatan fisio terapi sekerap tiga kali dalam seminggu di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Bayangkan sekali rawatan fisio terapi dikenakan bayaran sebanyak RM80 kerana hospital kerajaan tiada perkhidmatan ini, kalau ada pun memang susah untuk mendapatkannya. Apabila CERAGEM memperkenalkan perkhidmatan percuma ini kenapa kita harus melepaskan peluang keemasan ini? Selagi anda tidak mencuba untuk mendapatkan rawatan CERAGEM ini selagi itu anda tidak percaya bahawa ianya percuma.

RAWATAN DI CERAGEM


Sebenarnya anda boleh sahaja untuk membeli katil CERAGEM Master V3  ini dan bawa balik kerumah jika anda mampu  dengan harga 15K barangkali (tidak pasti - kerana Katil V3 adalah keluaran terbaru  dan center pun masih belum dimaklumkan lagi) Jika tidak mampu jadilah seperti Ibu dan Ayah Ida yang berulang setiap hari di CERAGEM Larkin Idaman, Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan percuma selama 40 minit dan selamat tinggal kepada fisio terapi. Hanya 40 minit... kalau nak lebih beli lah hehehe.

Okeylah nantikan Bahagian 3 bagaimana CERAGEM merawat 1001 jenis penyakit.


Baca juga di sini

Rawatan Tulang Belakang No 1 DI DUNIA, PERCUMA HANYA DI CERAGEM (PT 1)


Related Post



Posting Komentar