Scripters
Rawatan Kecantikan Guna Siput Babi
TOKYO, JEPUN – Bayangkan siput bergerak di atas wajah anda demi kecantikan?? Pastinya bagi anda ia seperti menyertai salah satu acara dalam program TV Fear Factor. Bagi wanita di Jepun ia adalah salah satu daripada rawatan kecantikan jenis baru.
Bermula hari ini, wanita yang mahu menghilangkan sel kulit mati mereka, menutup liang pori, kembali terasa muda boleh menghadiri dan mencuba rawatan muka menggunakan siput.
Manami Takamura, salah seorang pekerja di salon kecantikan di Tokyo bernama Ci:z.Labo, menjelaskan kebaikan rawatan kecantikan siput apabila meletakkan tiga ekor siput di atas wajah seorang wanita.
Menurut beliau cecair yang keluar dari siput itu membantu menghilangkan sel kulit mati, memperbaiki kulit yang rosak akibat pancaran matahari dan melembapkannya.
Dengan cara ini, pelanggan dapat menikmati 100 peratus khasiat cecari siput semula jadi terus ke atas kulit.
Cecair dari siput dikatakan boleh melambatkan proses penuaan, dan beberapa produk kosmetik sudah pun dijual dengan mengandungi cecair dari siput Escargot.
Sumber: www.idigitaltimes.co.uk
Posting Komentar