Update Terbaru Mh370

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Update Terbaru Mh370




MH370 Tempoh 48 Jam Akan Datang Kritikal - Hishamuddin | Sudah lama kita tidak mendengar berita tentang MH370 ini kan ? berita terbaru jom baca



Dalam masa tempoh 48 jam akan datang akan menjadi saat paling kritikal dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dengan kawasan pencarian dikecilkan, kata pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada media.

"Ia berdasarkan pemahaman saya bahawa usaha mencari memasuki fasa kritikal dalam tempoh 48 jam akan datang.
"Apa saja yang berlaku dalam tempoh itu, kami kemudiannya akan berkumpul semula dan berbincang mengenai langkah seterusnya," katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan di sini, Sabtu.

Hishammuddin turut menafikan laporan media bahawa pengimbasan seluruh kawasan pencarian akan mengambil masa antara enam minggu dan dua bulan.
"Itu tidak benar. Ia seharusnya diselesaikan minggu depan," katanya.

Beberapa pegawai Australia di kawasan pencarian tersebut yang memantau operasi tersebut berkata, pencarian di dasar laut untuk mengesan kotak hitam berdasarkan isyarat dikesan oleh alat pengesan pinger akan diselesaikan dalam tempoh lima hingga tujuh hari lagi.

Nota : Sehingga kini masih lagi mesteri dengan kisah MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Apa pun kita berdoa lebih penting. Kisah ini pun dah mula senyap ..


Related Post



Posting Komentar