Wow!! KLIA Dipilih Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia

Posted by Semua Berita Ada Disini


Scripters

Wow!! KLIA Dipilih Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia

KLIA Dipilih Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia


4/4/2014 - LAPANGAN Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut.

"KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan KLIA2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.

"Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan KLIA2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan. - Bernama


Related Post



Posting Komentar