Yana Samsudin Bakal Berkahwin?

Posted by Semua Berita Ada Disini


Info Menarik & Cerita Menarik

Yana Samsudin Bakal Berkahwin?


Pelakon Fadzil Zahari mengakui dirinya rapat dengan aktres jelita Yana Samsudin dan tidak menolak jika bertemu jodoh dengan wanita berusia 29 tahun itu.

"Saya memang terlalu rapat dengannya. Mungkin jika ada keajaiban jodoh saya dengannya saya tak menolak. Yana seorang yang baik dan memahami," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Fadzil yang merupakan adik kepada pelakon dan pengarah popular Farid Kamil bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan mengenai hubungan mereka kerana bimbang disalah faham kelak kerana mereka masih belum ke fasa yang lebih serius dan masih belum berbincang mengenai perkahwinan.

"Kalau di masa akan datang sudah ditakdirkan saya berjodoh dengannya saya akan terima. Sekarang kami masih diperingkat teman paling rapat dan serasi."

Tambah pelakon berusia 31 tahun itu lagi, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal berkahwin kerana kini dia mahu fokus terhadap kerjaya dan syarikat yang baru ditubuhkan.

"Saya baru tubuhkan sebuah syarikat dan memerlukan komitmen tinggi. Insya-Allah lepas syarikat saya dah stabil saya akan fikirkan mengenai perkahwinan." -Yahoo.Malaysia


Related Post



Posting Komentar