Ashraf Muslm Bahgia beristeri dua

Posted by Semua Berita Ada Disini

Biarpun kesibukan, pelakon, Ashraf Muslim, mendakwa dia dan dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tetap hidup berbahagia. 

Justeru, ia secara tidak langsung menafikan dakwaan kononnya lelaki berusia 32 tahun ini berdepan kesukaran menguruskan rumah tangga dan membahagikan masa untuk kedua-dua isterinya
Ashraf akui hidup bahagia bersama dua isteri

2013/12/18 - 07:20:17 AM Oleh Muhamad Fairoz Azizan Cetak Emel Kawan
  
Ashraf akui hidup bahagia bersama dua isteri
Ashraf dan Noor Dayana. Gambar kecil, Wan Sakinah.
Biarpun kesibukan, pelakon, Ashraf Muslim, mendakwa dia dan dua isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, tetap hidup berbahagia. 

Justeru, ia secara tidak langsung menafikan dakwaan kononnya lelaki berusia 32 tahun ini berdepan kesukaran menguruskan rumah tangga dan membahagikan masa untuk kedua-dua isterinya. 


Tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan isteri kedua, Ashraf berkata, Dayana sendiri sudah dapat menerima Sakinah yang kini hamil lima bulan sebagai madu. 

Menolak dakwaan hubungan kedua-dua isterinya dingin sehingga sukar untuk bersua muka, sebaliknya dia menyatakan, hubungan mereka baik dan boleh keluar makan serta solat berjemaah bersama. 

“Kata orang, ada seorang isteri pun susah, apatah lagi jika beristeri dua. Namun bagi saya, semakin kita susah, semakin banyak kita belajar mengenal erti kehidupan. 

“Hubungan Sakinah dan Dayana pula baik. Mereka tidak pernah gaduh. Cuma, sekarang kedua-duanya sibuk, jadi nak curi masa untuk keluar bersama agak susah, sebaliknya hanya sempat keluar makan serta pernah solat berjemaah bersama,” katanya. 

Tak benar isteri beri kenyataan 
Akui sukar untuk berlaku adil 100 peratus, Ashraf yang ditemui pada acara post party Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-20 di Stadium Putra, Bukit Jalil baru-baru ini, berkata dia cuba membahagiakan kedua-duanya dan sentiasa mencari masa untuk keluar bersama-sama. 

Ketika dirinya bakal bergelar bapa, Ashraf mengharapkan kepercayaan dan sikap saling memahami akan mengharmonikan lagi rumah tangga mereka. 

“Apabila solat bersama-sama, saya sering berdoa memohon semuanya sabar serta menjadi isteri yang solehah, bahkan saya sendiri menjadi suami yang soleh serta adil,” katanya. 

Mengenai hubungannya dengan bapa Dayana yang dikatakan kurang baik selepas dia mengambil keputusan berpoligami, Ashraf berkata, ia masih lagi dingin. 

“Hubungan kami masih seperti itu. Bagaimanapun alhamdulillah, dia dalam proses penerimaan. Ramai yang tidak suka saya, di blog pun ramai yang menyalahkan saya. Jadi, kalau kita marah pun tak boleh sebab itu hak masing-masing untuk bersuara. 

“Saya hanya mampu berdiam diri. Isteri-isteri saya pun tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan, bimbang akan timbul lagi cerita tidak sedap didengar,” katanya yang sibuk menguruskan syarikat produksi miliknya, Al-Hidayah Production, serta sebagai kontraktor landskap.

Related Post



Posting Komentar