Nissan Skyline terbakar 6 maut

Posted by Semua Berita Ada Disini

Enam maut apabila kereta jenis Nissan Skyline terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan yang berlaku di bulatan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.42 tengah malam itu, kenderaan dinaiki mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan lima perempuan berusia lingkungan 20-an itu terbabas sebelum melanggar bahu jalan dan terbakar.

 kesemua mangsa yang mengalami kecederaan gagal keluar daripada kenderaan itu menyebabkan mereka terbakar bersama kereta berkenaan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
"Setakat ini polis belum dapat mengesahkan identiti mangsa dan masih menunggu laporan bedah siasat.

"Waris mangsa juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Related Post



Posting Komentar